Memang dia layak dicalonkan dalam kategori Artis Versatil MeleTOP Era 2020. Elly Mazlein atau gemar menggunakan nama timangan Kak Lina Pompom sememangnya boleh berlakon, mengacara, melawak dan menyanyi.

Kerap juga dia dipilih untuk mengacara acara-acara besar yang disiarkan secara langsung di kaca TV.

Kebanyakan selebriti lain menggunakan pendekatan yang sama untuk meminta peminat mengundi mereka, tetapi untuk Kak Lina, dia lebih gemar berjenaka. Kali ini dia menggunakan 'Syair Air Mata' seperti yang ditulisnya.



"Kakak lina ade satu syair air mata. Ade ke orang nak undi untuk kakak lina kategori university of Artis versatil Meletop?

"Dengar kata satu kampung pening lalat je nak undi kakak lina .. betoi ke? Kampung talam 5 muka kata, dia orang Belum kompom lagi. Tapi kampung lord of the cincin, Dah kompom nak undi.

"Persatuan jahit kain tepi cakap dia orang nak meeting dulu. Persatuan kelepet duit kata, tengok budget kelepet dapat berapa banyak baru boleh buat keputusan yang katulistiwa.

"Kakak lina tanya je. Sedih tak ayat di atas?" seloroh Elly Mazlein penuh makna.

Kakak lina ade 1 syair air mata . Ade ke org nak undi utk kakak lina kategori university of Artis versatil Meletop ?? . Dgr kata 1 kampung pening lalat je nak undi kakak lina .. betoi ke? . Kampung talam 5 muka kata, dia org Belum kompom lg . Tp kampung lord of the cincin , Dah kompom nak undi.. . Persatuan jahit kain tepi ckp dia org nak meeting dulu . Persatuan kelepet duit kata ,tgk budget kelepet dpt berapa byk baru bole buat keputusan yg katulistiwa . Kakak lina tanya je . Sedih x ayat di atas? . Sila komen kepom nak baca nih .. agitchuuuuuu

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on


Untuk kategori Artis Versatil MeleTOP, Anugerah MeleTOP ERA 2020, calon-calon akhirnya sangat sengit. Elly Mazlein bakal bersaing dengan Jihan Muse, Mira Filzah, Siti Nordiana dan Zizan Razak.

Jangan lupa untuk mengundi artis-artis kegemaran anda di laman web www.anugerahmeletopera.com.my atau melalui kiriman SMS.