Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Perselisihan Perhubungan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

Ainun
26/07/2024 02:41 MYT
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan kes itu telah selesai dan suspek akan dituduh atas kesalahan membunuh di Mahkamah Kuala Kubu Bahru.

"Kes Nur Farah Kartini telah selesai dan suspek akan dituduh di mahkamah esok. Kita percaya (punca) ada kaitan perselisihan perhubungan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir 'Program Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Agama: Jenayah Tidak Mengenal Warna Kulit Di Hulu Selangor' di Hulu Selangor.

Program dirasmikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan.

BERITA TRENDING: "Saya Tidak Lagi Mewakili Ismanira" - Peguam Ibu Zayn Rayyan

BERITA TRENDING: Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

BERITA TRENDING: Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

BERITA TRENDING: Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta



Hussein berkata, pihaknya mempunyai cukup bukti untuk menuduh suspek di mahkamah berdasarkan bahan bukti yang ditemui di beberapa lokasi di sini dan Perak.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira 6 petang pada 15 Julai.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Bernama

#Pembunuhan #Perselisihan Faham #Nur Farah Kartini #Ketua Polis Selangor