Hiburan

Persembahan Dikritik, BigBang Tetap Menang Besar

gempak
Ahmad Shah
08/11/2015
04:15 MYT
Sponsor Banner
Persembahan Dikritik, BigBang Tetap Menang Besar
Persembahan kumpulan K-Pop terkenal BigBang dikritik gara-gara menyampaikan lima buah lagu di 2015 MelOn Music Awards yang berlangsung semalam.
Isu itu hangat diperkatakan apabila ada sesetengah pihak yang mempersoalkan jumlah lagu yang disampaikan oleh BigBang dan mendakwa pihak pengurusan MelOn Awards berat sebelah.
Menurut laman komuniti sebuah portal di Korea, Netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap acara tersebut yang seolah-olah bertukar menjadi konsert mini BigBang.
Mereka juga kecewa dengan pihak pengurusan MelOn Awards yang seakan-akan tidak menjaga hati artis lain yang membuat persembahan dengan hanya menyampaikan dua buah lagu sahaja.
Bagaimanapun, mereka tidak menafikan persembahan bertaraf antarabangsa BigBang itu telah menghangatkan suasana acara tersebut.
“Persembahan BigBang amat menghiburkan dan kami tidak ada masalah dengan itu, tetapi jumlah lima lagu yang disampaikan oleh mereka itu adalah salah.
“Sepatutnya jumlah lagu yang disampaikan adalah sama dengan artis lain, barulah adil.” luah mereka.
Namun isu itu bukanlah menjadi penghalang lima anak muda berbakat, G-Dragon, Taeyang, Top, Daesung dan Seungri menang besar di majlis tersebut.
Mereka telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah ‘Artist of The Year’, ‘Song of The Year’ (Bang Bang Bang), ‘Netizen Popularity Award’ dan ‘Top 10 Artist’ di 2015 MelOn Music Awards.
Pada malam tersebut, BigBang juga telah menyampaikan lagu-lagu hits berjudul ‘If You’, ‘Sober’, ‘Loser’, ‘Bang Bang Bang’ dan ‘Fantastic Baby’.
Susunan Oleh: Mya Amri
Sumber: 2015 MelOn Music Awards, Youtube, Koreaboo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024