Sebut sahaja nama penyanyi, Aina Abdul pasti apa yang terlintas difikiran adalah kemampuan vokal hebat dan juga keunikan penampilannya.

Jika sebelum ini peminat telah menyaksikan persembahan Aina di Istana Budaya pada Jun lalu, kali ini Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 ditayangkan di Astro First.

A Night with Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya menyaksikan persembahan Aina selama dua jam dengan 26 lagu diiringi oleh 30 pemuzik hebat tanah air yang diketuai oleh Mr Mac Chew dan Jenny Chin bersama iringan strings session.

Persembahan ini merupakan kesinambungan daripada showcase pertama Aina Abdul yang telah berlangsung pada December 2021.

Selain dari nyanyian, A Night with Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya ini juga dilengkapi dengan cerita belakang tabir selama 30 min.

Kandungan belakang tabir itu mengisahkan tentang busana, lagu dan juga cerita eksklusif yang belum pernah dikongsi sebelum ini.

Untuk persembahan kali ini, pihak Aina Abdul Entertainment ingin memperluaskan lagi konsep persembahan kepada yang lebih besar dengan konsep "Modern & Clean".

Dalam pada itu, Aina juga cuba berekperimentasi dalam arrangement lagu selain ingin mengetengahkan konsep persembahan luar dari kebiasaannya iaitu lebih bersahaja dan memberi impak kepada penonton yang hadir.

Sebanyak 6 persalinan fesyen yang ditampilkan dalam konsert yang berlangsung selama dua malam ini.

Tiga persalinan pada malam pertama dan berbaki tiga lagi di malam kedua.

Busana-busana tersebut yang direka khas dengan berkonsepkan “AvantGarde” ini disediakan oleh pereka fesyen terkenal tanah air seperti Melinda Looi, Rizman Ruzaini, Wan & Mary, Tsyahmi, Zaimi Zulkafli, Behati, Khuntumn dan Masyadimansoor.

Penonton akan dapat menyaksikan kombinasi kedua dua malam di dalam satu persembahan.

Saksikan Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya di pawagam rumah anda iaitu Astro First (saluran 480) sekarang.