Peminat bergoyang daripada awal hingga tamat konsert sudah cukup menggambarkan betapa meriahnya mengenai Konsert Fabulos Friday: Maliq & D’Essential yang berlangsung minggu lalu.

Menjadikan Dewan Filhamornik Petronas, KLCC sebagai lokasi, lebih 900 peminat telah ‘disihir’ dengan persembahan daripada band ‘soul & funk’ yang terkenal dengan muzik Jazz berasal dari Indonesia itu selepas 10 tahun tidak kembali ke Malaysia.

Maka tidak hairanlah kumpulan yang telah memenangi anugerah Duo/Group Jazz Terbaik di Anugerah AMI Awards Indonesia 2013 ini mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri.

Gempak turut berpeluang menjadi salah seorang saksi kepada kejayaan konsert tersebut, di sini kami kongsikan kepada 10 momen terindah yang masih dirasai oleh peminat Maliq & D’Essential sepanjang konsert berlangsung.

#1 Tidak bicara banyak, tirai konsert terus dibuka dengan lagu hits yang menerima lebih lapan juta tontonan di YouTube iaitu Setapak Sriwedari dan terus disambut dengan jeritan peminat di dalam dewan, memang mereka all out dan terus sing a long bersama-sama.

#2 Vokal padu vokalis band tersebut iaitu Puradiredja dan Indah tidak boleh disangkal lagi, memang macam telan kaset, suara mereka daripada dulu hingga kini tetap sama. Selama satu jam setengah menyanyi tidak sekali pun nampak ‘pancit’, memang mantap!

#3 Momen paling epik apabila ditengah-tengah persembahan, Indah sempat payung kehebatannya bermain saksofon, talented betul!

#4 Paling menarik apabila salah seorang back-up vokal sempat payung suaranya yang tinggi sehingga melutut ke lantai.

#5 Bertambah teruja peminat adalah ketika segmen request lagu. Akibat terlalu banyak lagu yang diminta kerana kebanyakkan mereka menyebut lagu kegemaran masing-masing sehingga Puradiredja bingung mahu membuat pilihan, lucu betul momen itu.

#6 Selain belanja lagu, Maliq & D’Essential turut belanja album milik mereka berjudul Raya yang diluncurkan pada 2021 kepada beberapa peminat bertuah selepas menjawab soalan mudah mengenai band tersebut, bertuahnya yang dapat.

#7 Ternyata Puradiredja mempunyai sisi lucu apabila dia sempat bergurau dengan menyatakan mengapa mereka tidak sering di jemput untuk mengadakan persembahan di Malaysia. Dijawabnya adakah kerana harga tiket terlalu mahal? Terus mengundang tawa peminat ketika itu.

#8 Saat lagu berjudul Untitled dipersembahkan, seluruh dewan telah diterangi cahaya lampu daripada telefon bimbit peminat, lain betul rasanya ketika itu, automatik meremang bulu roma.

#9 Bagi mengabdikan momen yang cukup bermakna itu, Indah sempat mengambil telefon bimbit miliknya sendiri untuk merakam momen live di atas pentas dan selfie bersama beberapa peminat yang berada berhampirannya ketika itu.

#10 Usai 19 lagu hits mereka dipersembahakan, band tersebut ternyata baik hati apabila secara spotan menyampaikan sebuah lagi lagu selepas ‘tewas’ dengan jeritan “we want more” daripada peminat, lantas genap 20 playslist lagu dipersembahkan. Sayang betul mereka pada peminat.

Secara keseluruhannya, Konsert Fabulos Friday: Maliq & D’Essential memang puas dan berjaya meninggalkan seribu kesan manis buat peminatnya.