Pertama Kali Bawa Watak Samseng, Fasha Sandha Lakukan Aksi Lagak Ngeri

Syafiqah Jalal
Disember 29, 2016 06:10 MYT
Pelakon Fasha Sandha memberitahu bakal membawa watak samseng buat pertama kalinya dalam filem terbaru berjudul Badang.
Watak antagonis itu memerlukan Fasha melakukan aksi lagak ngeri tanpa menggunakan khidmat stunt man.
"Saya bakal memulakan sebuah penggambaran filem baru yang bergenre aksi.
"Saya memangang watak Tisya dan merupakan isteri kepada watak utama Badang yang dilakonkan oleh Dato' Aliff Syukri.
"Kelainannya dalam filem ini saya akan pertama kali membawa watak samseng dan perompak.
"Malah saya sendiri yang akan melakukan aksi lagak ngeri tanpa memerlukan bantuan daripada stunt man," katanya kepada Astro Gempak.
Filem Badang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan Januari depan dan dijangka berakhir pertengahan Februari 2017.
Ibu kepada dua orang anak itu bakal menjalani beberapa latihan rehearsal untuk aksi lagak ngeri yang bakal dilakukan dalam filem tersebut.
"Saya akan menjalani beberapa latihan rehearsal untuk lakukan aksi stunt man tu sebelum penggambaran bermula.
"Nasib baik saya memang sudah ada basic dalam marshal art seperti muay thai, jadi ia mungkin dapat membantu serba sedikit.
"Namun saya akan buat yang terbaik dalam filem ini," katanya lagi
Filem Badang bakal diarahkan oleh pengarah filem, Profesor Datuk A. Razak Mohaideen.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Fasha Sandha #Pelakon #Aliff #Badang #Syukri