Penyanyi Hael Husaini menyatakan ini merupakan kali pertama dia bergabung bersama penyanyi Zizi Kirana menyanyikan lagu tema Anugerah Meletop 2019 (AME19).

Menurut Hael Zizi seorang yang profesional serta telah memberi kerjasama dengan baik.

"Ini merupakan kali pertama saya bergabung dengan Zizi Kirana.

"Alhamdulillah setakat ini 'chemistry' antara kami agak baik.

"Malah Zizi seorang yang profesional serta telah memberi kerjasama dengan baik.

"Saya dan Zizi akan menyanyikan lagu itu pada malam anugerah AME nanti," katanya kepada Gempak.

Hael ditemui pada majlis sidang media program Lagu Cinta Kita yang diadakan di Colony Coworking Space, Kuala Lumpur.

Tambah penyanyi lagu Haram ini berkata dia tidak terlibat dari segi pembikinan lagu Yang Legit Yang Legend.

"Untuk lagu tema ini ia yang merupakan sepenuhnya daripada pihak Astro.

"Saya tidak terlibat dalam pembikinan lagu ini dan hanya menyanyikan sahaja," katanya lagi.

Malam AME menggandingkan Nabil, Neelofa dan Jihan Muse sebagai pengacara pentas.

Bertemakan Glam, AME bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 21 April 2019, jam 9 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Acara ini juga boleh diakses menerusi program Live Streaming AME 2019 yang disiarkan menerusi platform digital saluran YouTube MeleTOP, Astro Go, NJOI Now dan On Demand pada hari yang sama bermula 8.30 malam.