Laman Utama

Pertama Kali Dalam Sejarah Radio, ERA dan Suria FM Bakal Bergabung Menerusi ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini

Izwan Isa
20/10/2023
03:20 MYT
Buat julung kalinya, stesen radio ERA serta Suria FM bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi 3 Pagi ERA dan Morning Morning Suria pada 23 Oktober ini pada pukul 6 hingga 10 pagi.
Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini bakal menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat daripada barisan penyampai seperti Nabil, Azad, Radin, Ajak, Shuib dan Suraya.
Selain mendengar celoteh barisan penyampai, pendengar juga akan dihiburkan dengan pelbagai topik menarik serta pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.
Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil berkata, ERA teruja untuk bersama-sama Suria FM dalam menjayakan ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini.
“Meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, kami percaya bahawa pada penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama.
“Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria FM akan Gagah Bersama,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin berkata: “Mewakili Suria FM, kami mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro sekaligus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air menerusi jalinan kerjasama antara radio Suria dan ERA ini.
“Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.
“Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia,” katanya.
Jangan lupa dengarkan ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini di frekuensi Suria FM dan ERA juga di aplikasi Suria Malaysia dan SYOK pada 23 Oktober 2023 dari pukul 6 sehingga 10 pagi.
BACA: ERA Jawab Kekeliruan Kekal Nombor 1 Di Malaysia – “Tak Pasti Mereka Ikut Survey Yang Mana”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

gempak
17/07/2024
16:55 MYT
Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.
Hiburan

Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”

gempak
28/06/2024
05:03 MYT
Anak usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B bercerita tentang asal usul nama panggilannya menerusi satu temu bual santai dalam segmen 3 Pagi ERA.
Viral

"Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil

gempak
27/06/2024
00:55 MYT
Topik hangat di media sosial pada ketika ini adalah mengenai perkongsian kisah wanita dikenali sebagai Linda yang merampaa kebahagiaan kakak sendiri disebabkan perasaan dendam.
Hiburan

Bella Astillah Menangis Dengar Ucapan Hari Ibu Anak - “Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih”

gempak
10/05/2024
03:35 MYT
Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya, Ayden Adrian sempena hari ibu.
Sukan

Derrick Gan Terima Hadiah Skuter Modenas Selepas Pulang Dari Doha! - "Ini Sangat Istimewa Kerana ..."

gempak
27/01/2024
17:04 MYT
Derrick Gan menerima hadiah skuter Modenas Karisma sejurus tiba di KLIA.