Laman Utama

ERA Jawab Kekeliruan Kekal Nombor 1 Di Malaysia – “Tak Pasti Mereka Ikut Survey Yang Mana”

gempak
Syafiqah Jalal
05/08/2023
11:11 MYT
Sponsor Banner
ERA Jawab Kekeliruan Kekal Nombor 1 Di Malaysia – “Tak Pasti Mereka Ikut Survey Yang Mana”
Baru-baru ini timbul kekeliruan ramai apabila sebuah stesen radio mengaku berada di ranking nombor satu iaitu pilihan pertama di Malaysia sedangkan sejak saban tahun lalu radio ERA telah mengunggulinya.
Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil ketika sidang media Majlis Meraikan Ulang Tahun Ke-25 ERA pada Jumaat, tampil menjelaskan persoalan daripada pihak wartawan mengenai kekeliruan berkenaan.
Kata Hani, ERA kekal sebagai stesen nombor satu tahun ini dengan 5.7 juta pendengar mingguan menerusi satu tinjuan atau survey yang dibuat bersama seluruh radio di Malaysia.
“Sebenarnya untuk radio ni kita memang adakan survey setiap tahun iaitu dua kali setahun.
“Malah survey ini dijalankan dengan persetujuan semua stesen radio-radio di Malaysia bukan sahaja Era dan bukan hanya radio dibawah naungan Astro radio tetapi juga radio-radio lain yang menjadi pesaing termasuk radio berkenana yang mengatakan radio mereka kini berada di nombor satu.
“Mengikut keputusan survey GFK, ERA kekal nombor satu dengan 5.7 juta pendengar.
“Setahu saya, radio hanya ada satu survey sahaja. Saya tak pasti survey mana satukah yang mereka ikut tapi ini sahaja survey yang ada,” jelasnya.
Selain itu, ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia, memperkenalkan segmen-segmen hujung minggu yang diperbaharui, sempena meraikan sambutan ‘ERA 25 Tahun’ dalam dunia penyiaran radio.
Bermula 12 Ogos, semua rakyat Malaysia boleh berhibur dengan segmen hujung minggu yang telah disusun khas dengan membawa program yang dinamik dan pelbagai di radio. Dengan gabungan muzik, temu bual eksklusif dan topik-topik menarik, pendengar dari semua peringkat umur akan menemui sesuatu yang menggembirakan di hujung minggu.
Menariknya, ERA tampil dengan Super Safee ERA yang mana penampilan khas Safee Sali, personaliti jemputan ERA, di mana Safee akan berkongsi info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan. Segmen ‘Super Safee ERA’ akan ke udara mulai 12 Ogos, jam 10 pagi, setiap Sabtu.
Seram Sabtu ERA pula adalah di mana cerita-cerita seram yang yang pernah dilalui oleh pendengar dan perkongsian di media sosial akan disampaikan semula oleh personaliti misteri di ERA. Segmen ‘Seram Sabtu ERA’ akan ke udara mulai 12 Ogos, jam 11 malam, setiap Sabtu.
Throwbaek ERA pula di mana ERA akan memainkan lagu-lagu terbaik sekitar 90-an hingga 2000 yang menjadi pilihan pendengar. Segmen ‘Throwbaek ERA’ akan ke udara pada 12 tengah hari hingga 1 petang, setiap Ahad.
Soundtrek ERA adalah di mana ERA akan memainkan pilihan lagu yang menjadi runut bunyi dalam filem serta drama tempatan dan antarabangsa. Segmen ‘Soundtrek ERA’ akan ke udara pada jam 1 petang hingga 2 petang, setiap Ahad.
Segmen-segmen di hujung minggu yang tersedia ada termasuk ‘Sabtu Pagi ERA’ bersama Namie dan Hawa Rizwana; ‘Carta ERA 40’ bersama Elly Mazlein @ Lina Pom Pom; ‘Flow ERA’ bersama Zahier; ‘Hallyu ERA’ bersama Munaa Bella; dan “Lagu Baru Nak Up” bersama Fazziq.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live