Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pertama Kali Dalam Sejarah Radio, ERA dan Suria FM Bakal Bergabung Menerusi ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini

Izwan Isa
20/10/2023 03:20 MYT
Buat julung kalinya, stesen radio ERA serta Suria FM bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi 3 Pagi ERA dan Morning Morning Suria pada 23 Oktober ini pada pukul 6 hingga 10 pagi.

Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini bakal menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat daripada barisan penyampai seperti Nabil, Azad, Radin, Ajak, Shuib dan Suraya.

Selain mendengar celoteh barisan penyampai, pendengar juga akan dihiburkan dengan pelbagai topik menarik serta pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.

Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil berkata, ERA teruja untuk bersama-sama Suria FM dalam menjayakan ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini.

“Meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, kami percaya bahawa pada penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama.

“Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria FM akan Gagah Bersama,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin berkata: “Mewakili Suria FM, kami mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro sekaligus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air menerusi jalinan kerjasama antara radio Suria dan ERA ini.

“Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.

“Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia,” katanya.

Jangan lupa dengarkan ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini di frekuensi Suria FM dan ERA juga di aplikasi Suria Malaysia dan SYOK pada 23 Oktober 2023 dari pukul 6 sehingga 10 pagi.

BACA: ERA Jawab Kekeliruan Kekal Nombor 1 Di Malaysia – “Tak Pasti Mereka Ikut Survey Yang Mana”​

#Era #Suria FM
;