"Pertama Kali Inginku Menjejakkan Kaki" - Lufya Omar Bakal Tunai Umrah Bersama Anak

Zulaikha Yusof
November 21, 2019 06:17 MYT
Pelakon Lufya Omar melahirkan rasa syukur apabila bakal mengerjakan ibadah umrah bersama anak perempuannya, Laana Haura pada awal tahun depan.
Menurut Lufya, ini merupakan kali pertama dia bakal menjejakkan kaki ke tanah suci.
"Wahai Allah, aku bersyukur kepada-Mu, kerana engkau telah menjemputku, menjadi tetamu Agung-Mu, walaupun aku sebenarnya tidak layak. Pertama kali inginku menjejakkan kaki ke rumah-Mu.
"Lufya baru mendapat berita yang sekarang ni wanita boleh mengerjakan umrah tanpa memerlukan mahram. Syukur Alhamdulillah.
"Awal tahun depan Lufya bersama Laana Haura akan mengerjakan umrah bersama @amwajtravel dan yang paling Lufya happy kerana kali ini Lufya akan berkongsi tentang penghijrahan," tulisnya.
Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar mendedahkan tidak dapat bersama-sama keluarganya mengerjakan umrah pada bulan Ramadan lalu.
"Awal tahun ni ahli keluarga Lufya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan.
"Alangkah sedihnya Lufya tak dapat ikut bersama keluarga untuk pertama kali dalam hidup.
"Allah is Great. Allah Maha Baik Dia gantikan dengan yang lebih baik," tulisnya lagi.
Lufya dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini memasuki usia dua tahun.
Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.
Ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.
Pada September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.
BACA: "Jangan Cakap Isteri Tak Tutup Aib Kalau Suami Tu Yang Buka Aib Di Dada!" - Lufya Dakwa Dianiaya Suami
BACA: Buat Laporan Polis, Dr Che Hafiz Nafi Tuduhan Lufya Omar
Pada Isnin, Lufya terkejut selepas Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Hafiz menerima kecaman daripada netizen selepas didakwa tidak menghiraukan panggilan anaknya, Laana Haura di mahkamah.
BACA: Suami Enggan Cerai, Lufya Omar Terkejut
BACA: "Jangan Jadikan Anak Sebagai Mangsa Keadaan" - Dr Che Hafiz Tegur Lufya Omar
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Terdahulu, Hafiz tidak hadir pada sebutan kes permohonan cerai mereka pada 16 Oktober lalu.
BACA: "Tiada Perkara Yang Ingin Saya Ulas..." - Suami Lufya Komen Isu Ketidakhadiran Ke Mahkamah
#pelakon #Lufya Omar #Pelakon