Terkini

Pertama Kali Sejak Jun Kes Harian COVID-19 Turun Bawah 5,000, Netizen Lahir Rasa Syukur!

gempak
Izwan Isa
25/10/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
Pertama Kali Sejak Jun Kes Harian COVID-19 Turun Bawah 5,000, Netizen Lahir Rasa Syukur!
Kes harian negara menunjukkan penurunan dengan 4,782 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,436,498. Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW:https://covidnow.moh.gov.my . Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.
Rata-rata pengguna laman sosial menarik nafas legas melihat penurunan angka kes sejak kebelakangan ini.
“Sasaran kes baharu COVID-19 di bawah paras 5,000 sudah tercapai hari ini,” tulis seorang wargamaya.
“Syukur, ini adalah kali pertama sejak 22 Jun 2021, kes baharu turun ke bawah 5000! Semoga kita akan berjaya menurun lagi kes COVID-19,” seorang lagi pengguna Facebook menyatakan rasa syukur.
“Alhamdulillah semoga keadaan akan terus bertambah baik,” luah netizen.
Kredit foto: JC Gellidon (Unsplash)
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024