Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Pertama Kali Terhentak Macam Ini, Kena Belakang Kepala, Bergegar Otak” - Suami Shila Amzah Perlu Rehat 6 Minggu Selepas Jatuh Main Bola

Asyikin Mayudin
23/07/2024 03:55 MYT
Pempengaruh media sosial dan suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ berkongsi video memperlihatkan kepalanya terhentak ketika jatuh bermain bola sepak.

Pandangan Jadi Kabur

Menerusi perkongsian di Instagram, Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah Zulkefli memberitahu pandangannya menjadi kabur dan kepala mengalami pening serta berdenyut selepas terhentak.

“Pertama kali terhentak kuat belakang kepala. Leher dan tengkuk memang habis out. Vision jadi blur, semua benda nampak double. Kepala pening dan berdenyut.

“Selesai CT scan, saya berehat sebulan atas nasihat doctor dan mem besar (Shila Amzah),” kongsi Ubai.

Selepas menjalani pemeriksaan CT scan, Ubai dinasihatkan berehat dan mengambil masa enam minggu untuk pemulihan.

“Selesao final check up. Scalp hematoma, Interspinal ligaments c3 c5, fisio terapi selepas dua minggu dan enam minggu pemulihan serta rehat,” kongsinya di Instastory.

ARTIKEL BERKAITAN: “Autism Ini Takkan Sembuh, Tapi Apa Yang Kita Boleh Bantu Adalah…” - Shila Amzah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Disahkan Autisme Tahap 1, Shila Amzah Kongsi Tanda Awal - “Hati Saya Berdegup Kencang, Hanya Tuhan Tahu”

ARTIKEL BERKAITAN: Raih Semua A Dalam SPM, Shila Amzah Ucap Tahniah Kepada Adik Ipar - " Sekalung Tahniah Diucapkan Kepada Adik Ipar Tunggal Saya"

​ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Cemas Anak Sulung Hampir Pengsan - "Muka Dia Dah Pucat ..."

Dalam pada itu, menerusi ruang komen di perkongsian itu isteri Ubai iaitu Shila memaklumkan suaminya hanya boleh kembali bermain bola selepas bulan September.

“Haih… siapa nak ajak dia main bola, September ke Atas SAHAJA ya,” komen Shila.

Rata-rata netizen dan rakan-rakan turut mendoakan agar Ubai cepat sembuh sedia kala.

#Shila Amzah #Kepala #Ubai #Ubai MZ #CT scan #Kepala terhentak #Suami Shila Amzah
;