Hiburan

Shila Amzah Cemas Anak Sulung Hampir Pengsan - "Muka Dia Dah Pucat ..."

gempak
Asyikin Mayudin
21/05/2024
08:51 MYT
Sponsor Banner
Shila Amzah Cemas Anak Sulung Hampir Pengsan - "Muka Dia Dah Pucat ..."
Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Seth Uwais secara tiba-tiba hampir pengsan selepas bermain panas di luar kawasan rumah.

Anak Hampir Pengsan

Menurut pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 33, kejadian itu berlaku berkemungkinan disebabkan anaknya menghidapi penyakit talasemia sama seperti dirinya.

“Ya Allah budak ini (Seth) buat mama takut. Main panas dekat luar, pastu terus naik rumah, mandi. Lepastu nak pitam (pengsan).

“Bergegas mama turun tangga nak tengok dia dah pucat muka. Terus mintak papa dia bawak ke klinik. Ternyata sebijik mama. Sebab itu mama tak boleh sukan dari kecil sampai sekolah menengah.
“Allahu anak, saya boleh lihat dia ada talasemia seperti saya. Semoga Allah lindungi anak-anak kita, keluarga kita dari segala apa yang memudaratkan,” katanya.
Isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai MZ itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Hidap Penyakit Talasemia

Menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata dia menyedari menghidapi penyakit berkenaan semasa hamil cahaya mata pertama.
“Saya sedar ada talasemia jenis carrier (pembawa) semasa hamil anak pertama,” ujar Shila lagi.
Untuk rekod, Shila mendirikan tangga dengan Ubai pada 5 Ogos 2023 dan mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

BERITA TRENDING: “Setelah Nampak Isteri Ditidurkan, Potong Perut 7 Lapis…” - Shila Amzah Kongsi Keadaan Ubai

Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 namun berpisah selepas empat tahun.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live