Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pertarungan ‘Gila’, Lee Chong Wei Anggap Aaron Chia & Soh Wooi Yik Hero Negara - “Game Yang Patut Kalah Tapi Gandingan Lelaki Sejati Melaka-KL Ini…”

Asyikin Mayudin
04/08/2024 23:55 MYT
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan perlawanan beregu lelaki antara Malaysia dan Denmark merupakan pertarungan yang paling mendebarkan.

Pertarungan Yang Gila

Malah, Lee Chong Wei juga menganggap gandingan pasangan beregu lelaki badminton Malaysia, Aaron Chia - Soh Wooi Yik telah mengembalikan harapan negara.

“Antara match yang paling mendebarkan pernah I saksikan. Tahniah Aaron-Wooi Yik! Gilalah game ini.

“Game yang patut kalah tapi gandingan lelaki sejati Melaka-KL ini selangkah serangkak mengembalikan harapan untuk lencana di dada,” kongsi Lee Chong Wei.

Pada perkongsian yang sama, Lee Chong Wei juga mengucapkan terima kasih selain menganggap Aaron dan Wooi Yik sebagai hero negara.

Hero Negara

“Terima kasih Aaron-Wooi Yik. Andalah hero Negara sekali lagi. Malaysia sekarang secara rasmi, di tangga pingat Olimpik Malaysia! Yeah!”ujarnya lagi.

Sebuah kebangkitan dan pertarungan ‘gila’ ditunjukkan pasangan lelaki beregu badminton negara, Aaron Chia - Soh Wooi Yik berjaya membenamkan impian Denmark apabila membawa pulang pingat gangsa pertama Malaysia.

Pasangan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang mendahului perlawanan pada set pertama bagaimanapun tewas tanpa diduga pada set kedua meski Aaron dan Wooi Yik ketinggalan tiga mata seterusnya terpaksa ‘berputih mata’ pada rubber set.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Bawa Balik Gangsa Pertama Negara, Game Aaron-Wooi Yik Memang ‘Gila’

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Misi Buru Emas Lee Zii Jia Terhenti, Tewas Kepada Kunlavut Vitidsarn

ARTIKEL BERKAITAN: "Anda Berdua Legenda" - Nicol David Titip Kata-Kata Semangat Buat Pearly-Thinaah

Persembahan Aaron - Wooi Yik sempat membuat seluruh rakyat Malaysia ‘gugur jantung’ kerana berjaya menukar skrip daripada seperti akan kalah kepada pemenang!

Pasangan negara memerlukan tempoh 74 minit menewaskan Anders Rasmussen-Kim Astrup, dalam aksi rubber set 16-21,22-20,21-19 di Porte de La Chapelle Arena, pada malam Ahad.

Dengan kemenangan itu menyaksikan Aaron Chia-Soh Woi Yik berjaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenanginya dalam edisi Tokyo 2020.

#Lee Chong Wei #Atlet Malaysia #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Olimpik Paris 2024 #Badminton Malaysia #Lelaki beregu badminton