Sukan

Olimpik Paris 2024: Misi Buru Emas Lee Zii Jia Terhenti, Tewas Kepada Kunlavut Vitidsarn

gempak
Gempak
04/08/2024
10:20 MYT
Sponsor Banner
Olimpik Paris 2024: Misi Buru Emas Lee Zii Jia Terhenti, Tewas Kepada Kunlavut Vitidsarn
Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berjaya mara ke pusingan akhir Sukan Olimpik Paris 2024.
Zii Jia kecundang di tangan wakil Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang menewaskannya 21-14, 21-15 di pentas separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena sebentar tadi.
Zii Jia membuka perlawanan dengan aksi meyakinkan dalam set pertama apabila mendahului tiga mata dalam awal permainan tetapi wakil Thailand itu berjaya mengikat wakil negara, 9-9 dalam aksi penuh debaran.
Begitupun, Kunlavut kembali menunjukkan aksi terbaiknya dengan corak serangan yang agresif untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan pertama 21-14 dalam tempoh 26 minit.
Corak pertahanan yang ampuh menyukarkan Lee Zii Jia untuk mengheret Kunlavut ke set penentuan dan terpaksa akur selepas tidak berjaya melangkah ke pentas final apabila tewas kepada wakil Thailand yang berada di kedudukan ke-8 dunia itu 21-15 dalam tempoh 51 minit secara keseluruhannya.
Cabaran pemain kelahiran Alor Setar itu akan diteruskan bagi merebut pingat gangsa menentang sama ada menentang Viktor Axelsen mahupun wakil dari India Lakshya Sen ,esok.
Dua lagi wakil negara yang turut diletakkan sebagai sandaran emas iaitu beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah masing-masing terkandas di separuh akhir, pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: "Anda Berdua Legenda" - Nicol David Titip Kata-Kata Semangat Buat Pearly-Thinaah

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Tiada Rezeki Ke Final, Netizen Tetap Ucap Terima Kasih Pada Pearly Tan & M.Thinaah - “The Best So Far! Game Mantap, Fight Sampai Habis”

Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live