"Perut Bulat Comel.." - Peminat Teka Mawar Rashid Bakal Dapat Baby Girl

Zulaikha Yusof
Disember 21, 2018 07:48 MYT
Peminat Mawar Rashid melahirkan rasa teruja dan tidak sabar mereka untuk menantikan kelahiran bayi pelakon tersebut dan suaminya, Raf Yaakob.
Mawar, menerusi muat naik di Instagram (IG)nya telah berkongsi beberapa keping foto ketika bercuti di Bali yang menampakkan 'baby bump' nya.
Rata-rata pengikutnya menjangkakan bahawa Mawar bakal melahirkan seorang bayi perempuan selepas melihat bentuk perutnya.
"@musriyah_sumar: Mesti baby girl..Perut bulat comel."
"@ftnfrina: Perut bulat macam baby girl..Muka pun tak seri sebab baby ambil seri kot..Moga baby sihat dan cantik macam mummy dia."
"@najwajaruddin: Perut macam baby girl."
"@cikwawa1611: Baby girl ."
Di samping itu, peminat turut mendoakan agar kesihatan Mawar dan bayinya sentiasa sihat.
Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri bernikah dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November tahun lalu.
Hasil perkahwinan, Mawar sedang sarat hamil enam bulan.
#pelakon #Pelakon #Mawar Rashid #Raf