Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

“Pesanan Yang Sempat Ayah Beri...”- Bapa Mentua Nadiya Nisaa Meninggal Dunia

Syafiqah Jalal 20/06/2019 | 10:46 MYT
Bapa mentua pelakon Nadiya Nisaa, Mohd Kassim Omar telah meninggal dunia kerana sakit tua pada 17 Jun lalu.
Berita itu disahkan sendiri oleh pelakon wanita tersebut.
Nadiya berkata dia bersyukur kerana pemergian bapa mentuanya sangat dipermudahkan.
“Ayahanda mertua saya, Mohd Kassim bin Omar telah dijemput Ilahi pada tanggal 17 Jun 2019 kelmarin.
“Perginya Ayah dalam keadaan yang dipermudahkan kerana sakit tua. Kami sekeluarga berdukacita di atas pemergian Ayah yang sangat kami hormati & sayangi,” tulisnya.
Nadiya berkongsi perkara itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
Sebagai bekas guru, Nadiya berkata bapa mentuanya sering memberi pesanan yang cukup bermakna buatnya.
“Ayah amat menyayangi kanak-kanak dan sebagai seorang bekas guru itulah pesan yang sempat Ayah beri pada hari raya kelmarin.
“Bentuklah masa depan anak-anak dengan baik & berilah sepenuh perhatian kepada mereka. Jangan lelah.
“Semoga amal & ibadah murni sepanjang hayat Ayah diterima oleh Allah swt & ditempatkan dikalangan para solihin. Amin,” katanya.
Menerusi entri tersebut, Nadiya turut memuat naik foto ahli keluarganya yang membaca Yaasin.
Rata-rata pengikutnya turut bersimpati dan memberikan ucapan takziah buatnya dan keluarga.
Nadiya mendirikan rumah tangga dengan Saiful Azman Mohd Kassim pada tahun 2010 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
#pelakon #Nadiya Nisaa #Meninggal Dunia #Pelakon #Mentua