Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pesawat Malaysia Airlines Ke Bangkok Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kecemasan

Firdaus
24/06/2024 14:24 MYT
Malaysia Airlines mengesahkan salah satu daripada pesawatnya mengalami masalah teknikal berkaitan tekanan di dalam ruangan kabin.

​BERITA TRENDING: Anak Hilang Di KLIA2 Rupa-Rupanya Ada Dalam Pesawat

Berpatah Balik Ke KLIA

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines melaporkan pesawat MH780, yang sepatutnya bergerak dari Kuala Lumpur ke Bangkok terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disebabkan masalah tekanan tersebut.

​BERITA TRENDING: Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad

"Juruterbang memulakan penurunan altitud ketinggian akibat daripada kecemasan walaupun paras altitud kabin masih belum dicapai dan topeng oksigen buat penumpang tidak diaktifkan.

"Pesawat itu kekal stabil dan berpatah balik ke KLIA di mana ia selamat mendarat pada 8.18PM," terang Malaysia Airlines.

BERITA TRENDING: Isyarat Baharu MH370 Dikesan Di Australia Barat

Malaysia Airlines dalam pada itu menyatakan bahawa keselamatan merupakan keutamaan tertinggi mereka.

BERITA TRENDING:Gelora Udara: Begini Cara Untuk Memastikan Keselamatan Diri Ketika Insiden

Sumber: News Straits Times
#Malaysia Airlines #Berita #KLIA #Bangkok #Kecemasan
;