Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Peti Mayat Penuh, Hospital Selayang Terpaksa Sediakan Kontena Untuk Jenazah Pesakit Covid-19!

Fiza Kamarudin
28/05/2021 02:20 MYT
Peningkatan kes jangkitan Covid-19 pada hari ini berada pada tahap membimbangkan apabila mencatatkan bilangan yang hampir mencecah 8,000 kes sehari.

Kenyataan tersebut terbukti apabila Kementerian Kesihatan (KKM) berkongsi mengenai sebuah lagi hospital yang terpaksa menyediakan kontena khas untuk menampung jenazah pesakit Covid-19.

Selepas Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas untuk menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.

KKM menerusi laman sosial rasmi mereka memberitahu kontena terpaksa disediakan selepas peti mayat di Hospital Selayang tidak lagi mampu untuk menampung jumlah kes kematian yang semakin meningkat.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh,” jelas KKM.

Pertengahan Mei lalu, peningkatan kes COVID-19 yang semakin membebankan sistem kesihatan negara menyebabkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.

[[BACA: Tampung Jumlah Kematian, Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Isi Mayat Pesakit Covid-19]]

#COVID-19 #Bilik Mayat Penuh #Kontena Mayat Pesakit Covid-19