Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Petinju Ceraikan Isteri Dua Jam Selepas Lahirkan Anak

Maliah Surip
11/01/2024 14:40 MYT
Seorang petinju Amerika Syarikat, Ryan Garcia menjadi perhatian apabila mengambil keputusan bercerai dengan isteri hanya dua jam selepas dia bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

BERITA TRENDING: Mengigil Sebelum Koma, Juara Tinju Maut Digigit Lipan Raksasa

Garcia mengumumkan penceraian dengan Andrea Celina yang juga merupakan seorang model selepas wanita itu selepas berkongsi berita gembira dia menimang cahaya mata kedua.

“Dengan berat hati saya mengumumkan perkahwinan akan berakhir. Saya dan Celina akan bercerai namun saya ingin menekankan kami akan bersama membesarkan anak-anak,” tulis Garcia seperti dilaporkan DailyMail.uk.

Petinju berusia 25 tahun tersebut menjelaskan bercerai kerana sudah tidak mempunyai persefahaman. Pasangan yang berkahwin pada 2021 itu malah didakwa telah ingin berpisah sejak sebelum sambutan Hari Natal.

Keputusan Garcia menceraikan Celina hanya selepas dua jam wanita itu melahirkan anak kemudian mendapat kecaman dalam kalangan netizen.

Ramai yang menyifatkan petinju itu sebagai seorang pengecut.

“Anda mungkin petarung tapi menceraikan isteri yang baru melahirkan anak adalah tindakan seorang pengecut. Anda bukan lelaki sejati,” tulis seorang netizen.

PILIHAN PEMBACA: Nampak Bengis Tapi Lagenda Tinju Ini Sebenarnya Dermawan! Siap Ada Hadiah Buat…

#Viral #Bersalin #cerai #Petinju #Ryan Garcia
;