Skip to main content

Viral

Petisyen Nak Suruh Tukar Tempat, Tambah Malam, Tiket Konsert Siti Nurhaliza 2 Jam Dah Licin! - "Terharu, Tak Percaya, Sebak"

untitled-design-(17)_2.png

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meluahkan rasa terharu apabila tiket konsert yang diberi nama Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Siti atau lebih mesra dipanggil sebagai Tokti mengucapkan rasa seakan-akan tidak percaya kerana tiket konsertnya laris dijual dalam tempoh yang singkat.

“Sedang kami bermesyuarat petang tadi, pihak KL ticketing hubungi untuk memaklumkan tiket ke Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sudah habis dijual. Terharu, tidak percaya dan sebak,” tulisnya.

Must-Watch Video

Advertisement