Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pevita Pearce Sah Bergelar Isteri, Pilih Ahli Perniagaan Malaysia

Khairil Khusyairi
20/10/2024 23:50 MYT
Aktres popular Indonesia, Pevita Pearce sah bergelar isteri kepada usahawan Malaysia, Mirzan Meer.

Pilih Ahli Perniagaan Malaysia

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Pevita berkongsi momen pernikahannya yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat di Kuala Lumpur.

Memilih konsep Melayu, Pevita dan Mirzan sama cantik sama padan mengenakan busana serba putih.

“Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan,” tulisnya ringkas.

Mas Kahwin 10 Dinar

Difahamkan, pelakon filem hits Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu menerima mas kahwin sebanyak 10 dinar secara tunai.

Rakan selebriti, Afgan turut hadir ke majlis resepsi di sebelah malam.

Untuk info, jejaka yang berjaya menawan hati Pevita itu adalah seorang ahli perniagaan yang juga anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group.

#pelakon #Pevita Pearce #Indonesia #Ahli Perniagaan #Habib #Hayati #Mirzan Meer #Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
;