Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta menyuarakan kekesalan terhadap pereka fesyen dalam menghasilkan busana terutamanya kepada artis yang baru meningkat naik.

Menurut Che Ta disebabkan keterujaan untuk menaja kepada artis tersebut menyebabkan pereka fesyen tidak mementingkan hasil baju tersebut.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di laman Twitter miliknya, semalam.

"Designer2 tolong la design baju letup-letup sikit untuk artis2 especially artis baqu..Adoiii!

"Kadang tu depa punya "rakus" nak sponser tapi hasil sedeh!

"P kopi2 kat Pavi lagi letup daqi baju red carpet!" tulisnya.
Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) menutup tirai dengan menyaksikan lagu Haram yang dinyanyikan oleh Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah diangkat sebagai pemenang.

AJL33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.