Pihak polis sedang menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacakkan di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, Rawang, sehingga mencederakan seorang lelaki, pada Sabtu.

Laporan

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.28 pagi.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 7 pagi ketika pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun sedang berjoging di kawasan terbabit.

"Pengadu terpijak paku yang dipacakkan di bahu jalan dan didapati terdapat sembilan paku dipacakkan di kedua-dua arah jalan terbabit," katanya dalam kenyataan.

Cedera

Noor Ariffin berkata, kejadian itu menyebabkan pengadu cedera di tapak kaki kiri dan tapak tangan kiri.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/283 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan," katanya.

Sumber foto: Platform X
Sumber: Harian Metro

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Pelakon Samuel Rizal Meninggal Dunia Dakwa Disihir, Ada Paku Dalam Badan

ARTIKEL BERKAITAN: “Rosyam Nor Tolak & Henyak Saya Ke Dinding, Sampai Paku Masuk Bahu…” - Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Berlakon