Berita kematian bekas isteri pelakon Samuel Rizal, Stevie Agnecya beberapa hari lalu masih menjadi bualan hangat warganet.

Hal itu lantaran punca kematian Stevie yang juga merupakan seorang selebriti belum diketahui.

Punca kematian

Apa yang menjadi buah mulut mengenai punca kematian Stevie pada usia 32 tahun adalah wanita itu pernah mendedahkan dirinya telah terkena sihir di akaun Tiktok.

Allahyarham yang merupakan seorang mualaf dan sudah menikah dengan juruterbang, Anggi Pratama itu mendedahkan dirinya terkena sihir pada tahun lalu. Dia juga mendakwa sihir tersebut mahu membuat dirinya maut.

Menerusi bukti hasil X Ray yang dilakukan, terlihat dua paku terselit pada bahagian badannya.

Paku dalam tubuh

“Setelah doktor melakukan rawatan, saya tidak sakit tapi dari hasil X Ray, ada paku di dalam tubuh saya.

“Nauzubillah saya tidak pernah memakai susuk atau memasukkan bendasing dalam badan saya,” katanya tidak lama dulu seperti dilaporkan media tempatan.

Terdahulu Stevie dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital pada 21 Mac 2024.

Kaum keluarga hanya menyebut Stevie meninggal dunia kerana sakit.

BERITA TRENDING: Prince Syed Akui Pernah Terima Sihir Pemisah Dari Wanita Berusia - “Saya Anggap Dia Seperti Kakak-Kakak”

BERITA TRENDING: Kucing Banyak Mati, Tunang Jumpa Ulat, Bunga Syak Angkara Sihir! - "Barang Dia Hantar Tu Kuat"