Pihak Polis Siasat Pemandu E-Hailing Hina Islam & Malaysia
Gempak
06/06/2024 00:55 MYT
06/06/2024 00:55 MYT
Pihak polis sedang menyiasat video tular membabitkan seorang pemandu e-hailing didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Malaysia kepada pelancong asing, yang videonya tular di media sosial baru-baru ini.
Hina Islam, Malaysia
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 49 tahun yang melihat video tersebut di aplikasi TikTok semasa berada di rumahnya di Kempas Baharu, Johor Bahru, pada Selasa.
"Lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam.
"Lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam.
ARTIKEL BERKAITAN: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?
ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Pesan Mi Tarik, Yang Sampai Nasi Daging Babi
ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie Tak Malu Mengaku Pernah Buat Pembedahan Plastik - “Apa Yang Buat Rasa Hina, Potong Usus Tapi Dia Claim Diet”
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Galih Galinjar 'Kes Hina Kemaluan Bau Ikan Masin' Kahwin Kali Ke-4
ARTIKEL BERKAITAN: Komen Terhadap Gaun Aishwarya Rai Hanya Gurauan, Chef Wan Tak Ada Niat Hina Agama Hindu
“Hasil siasatan mendapati video terbabit dimuat naik kira-kira 7 malam, Selasa dengan mengeluarkan kenyataan sensitif," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Razarudin berkata, semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan butiran pemilik akaun dan mengenal pasti pemandu e-hailing itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Pada Selasa, media melaporkan berdasarkan video tular yang berdurasi lebih dua minit, lelaki itu mendakwa tidak adil baginya kerana rakyat agama lain diminta untuk mengikut peraturan-peraturan agama Islam.
Sumber: Sinar Harian