Viral

Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

gempak
Firdaus
05/06/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?
Susulan penularan berkaitan kes beberapa orang kanak-kanak secara tidak sengaja termakan daging babi akibat daripada kesilapan seorang pekerja penghantar makanan, Ustaz Hadhari tampil berkongsi berhubung perkara itu dari perspektif agama Islam.

"Allah sentiasa memaafkan hambanya sekiranya sesuatu perkara itu dilakukan secara tidak sengaja...

Menurut Ustaz Hadhari, tiada sebarang kesalahan dalam Islam sekiranya termakan daging tersebut secara tidak sengaja.
"Hukum makan daging babi adalah haram seperti yang dinyatakan dalam Surah Al Baqarah dalam ayat 173. 'Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasmu bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih tanpa menyebut nama Allah'.

BERITA TRENDING: Alamak! Pesan Mi Tarik, Yang Sampai Nasi Daging Babi

"Tapi sesiapa yang memakannya dalam keadaan darurat dengan tujuan meneruskan hidup dan bukan kerana menginginkannya, dibolehkan.
"Berikutan kes baru-baru ini, Nabi ada sebut dalam hadis riwayat Ibnu Majah bahawa Allah sentiasa memaafkan hambanya sekiranya sesuatu perkara itu dilakukan secara tidak sengaja, lupa atau dipaksa.
"Jadi kalau secara tidak sengaja, dimaafkan. Kerana dia tidak tahu itu daging babi, dah makan dah kenyang, rupa-rupanya haram, tapi kena bertaubatlah atas kesilapan yang dilakukan," kata Ustaz Hadhari ketika ditemui Gempak.

Apa Perlu Buat Jika Termakan Makanan Haram?

Sementara itu, Ustaz Hadhari turut menegaskan bahawa umat Islam tidak perlu mengucapkan dua kalimah syahadah sekiranya pernah termakan makanan haram, sebaliknya hanya perlu bertaubat dan berusaha tidak mengulanginya.

PILIHAN PEMBACA: Ain Edruce Dedah Suami Tak Suka Kamera, Perangai Lain Dalam Real Life Berbanding Media Sosial

"Cantiknya Islam ni, tak adalah kalau kita termakan sesuatu yang haram itu kita kena sampai ucapkan dua kalimah syahadah. Tak perlu kerana perkara itu tidak membuatkan seseorang itu keluar dari agama atau menjatuhkan iman kita.
"Dalam Surah At Tahrim Allah nyatakan, 'Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taubat'. Kita manusia penuh dengan lupa, lalai dan juga kesilapan, jadi bila buat silap, bertaubat dengan Allah bersungguh-sungguh dan bertekad tidak mahu mengulanginya.

BERITA TRENDING: Kes Influencer Tunjuk Kemaluan, Bekas Kekasih Pempengaruh ‘Tebuk Quran’ Pilih Untuk Berdiam Diri - “Saya Masih Lagi Menjaga Aib Dia”

"Selain itu, perlu lebih cermat selepas ini dalam bab pemakanan seperti memilih makanan, tempat makanan bahkan menyediakan makanan itu sendiri, InsyaAllah," katanya.

PILIHAN PEMBACA: “Pasal Putus Hubungan Disebabkan Ibu Dia Juga” - Ex Influencer ‘Tebuk Quran’

Sekadar info, seorang pengguna di media sosial memuat naik hantaran tentang pelanggan p-hailing yang secara tidak sengaja termakan daging babi akibat daripada kesilapan penghantar makanan.
Perkara itu meraih lebih 1,000 perkongsian dan komen dari netizen di Facebook.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live