Penyampai radio Sinar, Abby Fana berkongsi petua untuk membuang toksik dalam badan dengan cepat dan mudah.

Menggunakan ramuan yang sudah tersedia di dalam rumah, kata Abby kaedah yang baru diamalkannya itu juga berupaya untuk merawat strok.

"Sebelum tidur saya nak pijak-pijak garam kasar dan lada hitam ni, sekurang-kurangnya 5 minit.

"Ustaz Hanafiah kata petua ni elok untuk buang toksik dalam badan dan juga bagus untuk mereka yang mengalami strok.

"Saya nak buat video demonstrasi tetapi memandangkan ia melibatkan bahagian kaki maka kita tunjuk gambar saja. Ini merupakan sesi kedua saya," kongsi Abby menerusi akaun Instagramnya.

Perkongsian Abby itu mendapat perhatian ramai yang mahu mencuba sendiri di rumah.

"Sepupu saya strok sebelah kanan. Dia pun buat macam ni. Alhamdulillah.. Beransur pulih tangan kanannya dapat digerakkan semula dengan sendiri," tulis @maisarahassan.

Malah, ada yang berpendapat kaedah yang sama boleh menghalau gangguan jin.

"Lepas tu tabur keliling rumah kan 'pagar' rumah orang kata," saran @saraarisufy.

"Dalam perubatan Islam pun kata bagus amalkan macam ni, boleh halau jin," tulis salah seorang pengguna.

"Ustaz saya cakap, amalkan juga minum bancuhan garam, limau nipis dan cuka untuk buang benda-benda tak elok dalam badan," tambah pengguna lain pula.