Pelakon Syatilla Melvin berkongsi beberapa keping foto ketika sesi fotografi bersama anak perempuannya, Sarima hari ini.
Bertemakan Barbie Doll, bath tub, winter, secret garden dan salon sesi fotografi itu mendapat khidmat jurufoto terkenal Camora Arts.
"Aiii dia pi duk dalam kotak pulak dah. Ya Allah @camoraarts.official tak pernah kecewakan Tilla!!
"Thank you so much team @sarima_samheizy," kongsi Syatilla.
Perkongsian itu mendapat pujian daripada peminat yang rata-ratanya mengatakan Sarima seakan patung.
"Alahai macam anak patung sungguh haihhh," puji salah seorang peminat.
Syatilla dan aktor Shaheizy Sam mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka itu pada 17 April lalu.
Pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
Foto: Camora Arts & IG Syatilla Melvin
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di