Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pilih Jadi Penyondol, Elvina Mohamad Akui Wanita Sekarang Pilih Jalan Singkat Nak Hidup Mewah - "Mereka Tak Tahu Realiti Sebalik…”

Asyraf Roslan
05/11/2024 04:55 MYT
Pelakon, Datin Elvina Mohamad akui rata-rata wanita pada masa kini sanggup menjadi penyondol semata-mata mahu hidup mewah.

Namun, bagi pelakon yang popular menerusi drama Seadanya Aku, mereka yang memilih jalan singkat ini tidak tahu realiti sebalik kehidupan perkahwinan itu.

“Ada wanita yang fikir singkat sebab nak hidup mewah, just sondol suami orang.

“Tapi sebenarnya bila dah masuk dalam perkahwinan tu ia tak seindah seperti yang mereka sangkaan,” kata Elvina kepada Nona.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak Jadi Penyondol Tak Perlu Cantik, Cuma Perlukan Lelaki Yang Tak Reti Bersyukur" - Mimi Lana

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Banyak Fitnah, Dewi Tampil Beri Penjelasan - “Sejujurnya Saya Lebih Rela Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Kes Jenayah Suami, Pelakon Menangis Terpaksa Pinjam Duit


Sudah masuk tujuh tahun usia perkahwinan,Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad menyatakan dia sudah lalui pelbagai cabaran dalam alam perkahwinan.

Oleh itu, Elvina menasihatkan kaum hawa diluar sana untuk mempunyai kerjaya sendiri dan tidak terlalu mengharapkan duit suami.

“Sebab kita dalam perkahwinan, macam sekarang usia perkahwinan saya dah 7 tahun, macam-macam yang kita lalui. saya rasa kalau nak duit sendiri, bekerja dan usaha sendiri.

“Kita tak boleh bergantung sangat pada pasangan kita walaupun pasangan kita tu sangat kaya, kerana at the end of the day, apa-apa adi kita kena tanggung sendiri.

“Jadi kena sediakan payung sebelum hujan, saya nasihatkan kepada wanita perempuan di luar sana, kena ada kerja sendiri,” ujarnya.

Sekadar info, Elvina Mohamad telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan pada Mac 2018 lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Karl Mateen dan Ean Maleeq.

#wanita #Elvina Mohamad #Kerjaya #Penyondol
;