,
Hiburan

Pinjamkan RM83,000 Untuk AJL38, Kharisma Music Tuntut Aisha Retno Bayar Baki Pinjaman - "Kami Tak Pernah Janjikan Tajaan"

Asyraf Roslan
20/11/2024
23:55 MYT
Penganjur konsert, Kharisma Music International menuntut penyanyi, Aisha Retno untuk membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan kepadanya sewaktu menyertai Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) pada Mac lalu.
Menurut peguam yang mewakili Kharisma Music International Tuan Muhammad Arief Tuan Mohamad Yusof berkata wang itu adalah merupakan duit pinjaman bagi memastikan segala persiapan dan persembahan pelantun lagu Sutera itu berjalan dengan lancar.
“Pihak Aisha Retno Entertainment (ARE) juga menyatakan bahawa mereka mempunyai kesukaran untuk mencari dana bagi persembahan Aisha di AJL dan telah memohon bantuan daripada Kharisma Music untuk merealisasikan persembahanya di pentas AJL.
“Disebabkan oleh hubungan baik antara pihak ARE dan Kharisma, maka mereka sudah bersetuju untuk memberikan pinjaman bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar,” ujar Arief.
Arief berkongsi perkara tersebut ketika sesi sidang media Kharisma Music International yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuka Nafi Kurang Buat Promosi, Sudah Cadang Tundakan Konsert Aisha Retno - "Niat Saya Memang Nak Tolong ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Seru Penganjur Fokus Marketing Dan Sponsor - “ Jangan Berangan Nak Buat Konsert...”

ARTIKEL BERKAITAN: "Faktor Kekurangan Jualan Tiket..." - Penganjur Sahkan Konsert Aisha Retno Malam Sutera Dibatalkan

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi Konsert Sulung Dibatalkan, Ini Penjelasan Aisha Retno - “Saya Sangat Ragu-Ragu Apabila…”

Sementara itu penganjur konsert, Yuka Kharisma pula berkata konsert itu diadakan sebagai kaedah pembayaran semula wang dipinjamkan kepada penyanyi tersebut.
Namun difahamkan pihak ARE telah membuat pembayaran ansuran sebanyak RM6,000 setakat Mei 2024 menjadikan jumlah tertunggak kini adalah RM77,000.
Dan baki selebihnya dibayar menerusi penganjuran sebuah konsert solo Aisha Retno yang dicadangkan pada 3 Ogos lalu.
“Kami dengan rela hati meminjamkan RM83,000 untuk persembahannya di AJL dan setakat ini dia baru membayar RM6,000 pada Mei.
“Kami tidak pernah menjanjikan tajaan malah saya mempunyai bukti melalui melalui mesej langsung dan mesej suara.
“Kami hanya menaja perkhidmatan sebagai pengarah persembahan bukan wang dana,” kata Yuka. Jelas Yuka, syarikatnya telah melakukan yang terbaik sebagai penganjur bagi memastikan tiket konsert dapat dijual.
Terdahulu, penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa kecewa selepas konsert sulungnya iaitu Konsert Malam Samudera Aisha Retno dibatalkan atas faktor penjualan tiket yang tidak memberangsangkan.
Walaupun begitu, pihak penganjur memberi jaminan peminat yang telah membeli tiket akan menerima pulangan wang dalam masa 14 hari bekerja.
Konsert itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hiburan

Yuka Nafi Kurang Buat Promosi, Sudah Cadang Tundakan Konsert Aisha Retno - "Niat Saya Memang Nak Tolong ..."

gempak
20/11/2024
10:55 MYT
Menurut Yuka, mereka telah melaksanakan bahagian mereka sebagai penganjur konsert untuk memastikan tiket konsert itu dapat dijual.
Hiburan

Siti Nurhaliza Seru Penganjur Fokus Marketing Dan Sponsor - “ Jangan Berangan Nak Buat Konsert...”

gempak
18/11/2024
09:25 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh penganjur adalah untuk mempunyai kumpulan dan startegi pemasaran yang baik.
Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

gempak
11/11/2024
21:55 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
Hiburan

Kontroversi Konsert Sulung Dibatalkan, Ini Penjelasan Aisha Retno - “Saya Sangat Ragu-Ragu Apabila…”

gempak
10/11/2024
15:25 MYT
Penyanyi Aisha Retno tampil memberi respons mengenai kontroversi pembatalan konsert sulungnya Malam Sutera Live In Concert yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.
Unitar