Pinkan Mambo Cerai Kali Ketiga, Hobi Tak Sama Punca Berpisah Dengan Penjual Ubi Kayu
Maliah Surip
04/10/2024 08:46 MYT
04/10/2024 08:46 MYT
Penyanyi Indonesia, Pinkan Mambo mengumumkan telah bercerai dengan suami, Arya Khan.
Padahal usia perkahwinan mereka belum masuk setahun. Bekas anggota duo Ratu ini berkahwin dengan penjual ubi kayu tersebut pada Disember tahun lalu dan disiarkan secara langsung di Tik Tok.
“Tidak ada orang jahat (orang ketiga). Bukan masalah ekonomi. Berbeza gaya hidup juga bukan masalahnya.
“Cuma berbeza prinsip. Berbeza hobi,” kata Pinkan seperti dilaporkan InsertLive.
Perempuan berusia 43 tahun tersebut bagaimanapun tidak menyatakan dengan terperinci apa yang dimaksudkan berbeza hobi.
Dia juga tidak mahu mendedahkan apa sebenarnya yang telah terjadi dalam rumah tangga bersama Arya sehingga mengambil keputusan bercerai buat kali ketiga.
“Saya tidak akan dedahkan punca utama kami bercerai. Ini urusan keluarga. Kami berkahwin secara baik maka bercerai pun biar baik,” katanya.
“Pinkan wanita baik. Dia sayang sama saya walaupun kadang agak cemburu. Saya juga sayang sama dia.
“Tapi mungkin ini sudah jalannya (bercerai), jadi kami sepakat,” katanya seperti dilaporkan Arya.
Dia yang memberi mas kahwin RM27.35 sewaktu berkahwin dengan Pinkan juga menafikan perkahwinan dan perceraian mereka adalah sesuatu yang dirancang.
“Sumpah ini bukan setting (rancang). Demi Allah ini bukan drama,” kata Arya lagi.
Padahal usia perkahwinan mereka belum masuk setahun. Bekas anggota duo Ratu ini berkahwin dengan penjual ubi kayu tersebut pada Disember tahun lalu dan disiarkan secara langsung di Tik Tok.
BERITA TRENDING: Pinkan Mambo Tak Tahu Malu, Dedah ‘Digauli’ Suami 10 Kali Sehari: “Mesti Diservis…”
Kini, Pinkan menerusi pengakuannya di platform sama mendedahkan punca perceraian terjadi buka kerana ada orang ketiga atau masalah ekonomi.“Tidak ada orang jahat (orang ketiga). Bukan masalah ekonomi. Berbeza gaya hidup juga bukan masalahnya.
“Cuma berbeza prinsip. Berbeza hobi,” kata Pinkan seperti dilaporkan InsertLive.
Perempuan berusia 43 tahun tersebut bagaimanapun tidak menyatakan dengan terperinci apa yang dimaksudkan berbeza hobi.
Dia juga tidak mahu mendedahkan apa sebenarnya yang telah terjadi dalam rumah tangga bersama Arya sehingga mengambil keputusan bercerai buat kali ketiga.
“Saya tidak akan dedahkan punca utama kami bercerai. Ini urusan keluarga. Kami berkahwin secara baik maka bercerai pun biar baik,” katanya.
BERITA TRENDING: Kenal Di TikTok, Penyanyi Pinkan Mambo Kahwin Dengan Penjual Ubi Kayu
Namun menurut bekas suaminya, Arya, mereka berpisah selepas sepakat tidak mempunyai keserasian lagi.“Pinkan wanita baik. Dia sayang sama saya walaupun kadang agak cemburu. Saya juga sayang sama dia.