Hiburan
Pintu Hati Pernah Tertutup, Nazim Othman Tak Terkejar Cari Pengganti
Pelakon Nazim Othman akui pintu hatinya pernah tertutup selepas kegagalan perkahwinannya.
Menurut Nazim, dia mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan dirinya.
"Pintu hati saya pernah tertutup suatu ketika dahulu.
"Saya memilih untuk menghadapinya dengan pergi bercuti supaya dapat keluar daripada situasi tersebut.
"Untuk pulih sepenuhnya memang mengambil masa yang agak lama kerana ia bergerak secara perlahan-lahan, namun sekarang ini saya lebih bersikap terbuka," katanya kepada Gempak.
Nazim ditemui ketika penggambaran drama Suri Katriana di Hulu Langat baru-baru ini.
Nazim, 35, atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman menyatakan tidak ingin menetapkan ciri-ciri wanita yang diingini untuk menjadi isterinya.
"Saya tidak boleh menetapkan ciri-ciri bakal isteri yang diingini kerana saya sedar diri sendiri banyak kekurangan.
"Saya cuma boleh berharap wanita tersebut akan menerima saya seadanya.
"Saya percaya dengan perancangan Allah kerana dia mengetahui segalanya. Apabila sudah sampai masanya, Insya-Allah ada jodoh.
"Saya tidak terkejar-kejar dalam mencari pengganti," katanya lagi.
Nazim kini sibuk menjalani penggambaran drama Suri Katriana arahan Pali Yahya.
Selain Nazim, drama Suri Katriana turut dibintangi pelakon hebat iaitu Ummi Nazeera, Ernie Zakri, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Aishah Azman, Rozita Che Wan, Nadiyaa Nisa dan ramai lagi.
Drama Suri Katriana akan mula ditayangkan mulai 29 Oktober 2019 jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Prima HD (saluran 121).