Hiburan
PKP Buat Ahli Keluarga Saling Mengenali Karakter Antara Satu Sama Lain
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini.
Setiap individu diminta untuk mengehadkan pergerakan dan menghabiskan banyak masa di rumah bersama keluarga.
Jika sebelum ini sibuk dengan bekerja, tempoh PKP ini adalah waktu terbaik untuk meluangkan masa serta lebih mengenali antara sesama ahli keluarga.
Setiap ahli keluarga pasti mempunyai kerenah masing-masing. Bermula dari ayah, kemudiannya kepada ibu dan anak-anak, setiap orang ada karakter tersendiri.
Gempak kongsikan beberapa perwatakan yang telah dikenal pasti dalam setiap ahli keluarga:
1. Ayah
Seorang ayah seringkali digambarkan sebagai insan yang bersifat tegas dan garang, berlawanan dengan sifat ibu yang sering digambarkan seorang yang lemah lembut.
Dalam tempoh PKP ini ayah adalah individu yang akan memikul tanggungjawab untuk keluar membeli barangan keperluan memandangkan kerajaan sudah memutuskan hanya seorang yang dibenarkan.
Pada waktu ini, jelas terpancar kehebatan seorang ayah berkunjung ke pusat membeli belah atau kedai runcit tanpa ditemani seorang isteri. Walaupun berbekalkan senarai barangan namun tugas ini tidak senang untuk dilakukan.
PKP bermaksud tidak ada yang dibenarkan untuk keluar bekerja kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara atau essential services. Ketika ini, ayah memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk mengharungi dugaan.
Dari segi kewangan, ayah perlu menguruskannya dengan baik supaya dapat bertahan sehinggalah kembali seperti biasa. Mungkin tidak disedari dengan mata kasar tetapi ayah adalah individu yang besar peranannya ketika ekonomi negara tidak stabil.
2. Ibu
Sifat utama yang dibekalkan oleh Allah kepada seorang ibu adalah sifat kasih sayang yang tinggi. Bagi seorang wanita yang bekerjaya, ini adalah masa yang sesuai untuk merapatkan silaturrahim.
Hanya menghabiskan masa di rumah, ibu akan memasak, mencuci pakaian, membersihkan halaman rumah, mencuba hobi baru dan banyak lagi.
Ibu adalah individu yang perlu bersabar melayan karenah anak-anak di rumah. Dalam masa yang sama, dia perlu bijak mengawal emosi terutamanya ketika suami berada dalam kemelut.
Jika ayah adalah nakhoda kapal, ibu adalah orang kanan paling penting yang perlu setia di sisi walaupun dilambung ombak.
3. Anak Sulung
Tahukah anda? Anak sulung kebanyakannya mempunyai personaliti dan ciri yang hampir sama dengan ibu bapanya.
Anak sulung bertanggungjawab ke atas adik-adik dan ringan tulang membantu ibu dalam menguruskan urusan rumah terutamanya sepanjang PKP. Sebagai anak yang paling tua, anak sulung terpaksa bersikap garang dan tegas ke atas adik-adik.
Menggalas tanggungjawab yang besar, sedikit sebanyak membuatkan anak sulung menjadi seorang yang sangat matang.
4. Anak Kedua
Sifat anak kedua biasanya sangat berbeza dengan anak sulung atau anak bongsu.
Disebabkan anak kedua merupakan anak tengah secara tidak langsung dia harus beralah kepada kakak, abang dan adiknya. Maka tidak hairanlah sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal.
Anak kedua biasanya akan berdikari sejak awal justeru mereka akan sentiasa mencuba perkara baru dan berfikiran terbuka.
Ini masa terbaik untuk menunjukkan skill terbaru dan melakukannya dengan keluarga. Dalam masa yang sama, boleh merapatkan hubungan yang mungkin dulunya agak renggang.
5. Anak Bongsu
Saya pasti ramai yang tahu siapa anak paling manja di rumah, pastilah anak bongsu!
Anak bongsu biasanya sangat bergantung kepada ahli keluarga yang lain. Biasanya sebelum membuat satu keputusan yang besar, anak bongsu akan mendengar pandangan orang lain dan mendapatkan sudut yang berlainan.
Selain dilabelkan anak paling manja, mereka juga selalu dikenali sebagai anak yang paling tidak berdikari serta suka menarik perhatian.
Jadi PKP boleh dijadikan waktu yang sesuai untuk menjadikan anak bongsu sama seperti anak sulung dan anak kedua.
Keluarga anda pula bagaimana? Begitu juga dengan keluarga Narendra. Keunikan karakter setiap ahli keluarga Narendra ini boleh ditonton menerusi filem genre drama keluarga nombor 1 terlaris di Indonesia tahun 2020 (2.2 juta penonton di pawagam) yang diadaptasi dari buku best selling Indonesia dengan judul yang sama, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’ (NKCTHI).
Jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di saluran 480 bermula 23 April 2020. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Must-Watch Video