Hiburan

"PKPB Mungkin Tamat Awal Dari Yang Dijangka Sekiranya..." - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

gempak
Hanafis Haris
05/05/2020
21:56 MYT
Sponsor Banner
"PKPB Mungkin Tamat Awal Dari Yang Dijangka Sekiranya..." - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mungkin akan ditamatkan lebih awal sekiranya semua pihak mengambil tanggungjawab untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menerusi Astro Awani, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, amalan kawalan kendiri yang tinggi dapat memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.
"Kerajaan ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada orang ramai atas kawalan kendiri dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dan berharap dapat diteruskan sepanjang masa bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.
"Jika semua dapat patuhi SOP ini dan semua mengawal secara kendiri saya yakin PKPB ini mungkin kita dapat tamatkan lebih awal daripada apa yang kita jangkakan," katanya.
Ismail Sabri menambah, pelaksanaan PKPB yang bermula semalam dilihat terkawal dan hampir semua SOP dipatuhi semua pihak.
"Jangkaan (sesetengah pihak) bahawa premis-premis perniagaan akan sesak dan tiada pematuhan SOP seperti penjarakan sosial jelas meleset.
"Hasil laporan pemantauan mendapati premis-premis perniagaan mengamalkan SOP yang ditetapkan.
"Tinjauan dalam pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) juga mendapati pengguna mengamalkan penjarakan sosial selain memakai topeng hidung dan mulut," ujarnya.
Sumber : Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live