“Please Tampil, Kenapa Guna Media Sosial?” - Nora Mahu Bersemuka Dengan Penyebar Fitnah Perkahwinannya
Azwa Rahman
05/12/2021 23:34 MYT
05/12/2021 23:34 MYT
Penyanyi popular Datuk Nora Ariffin menyeru individu yang melemparkan tuduhan mendakwa dia menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan suami, Dr Rushdi Ramli yang difahamkan sudah dibina hampir dua tahun lalu untuk tampil ke hadapan.
Menurut Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 48, dia mahu bertemu empat mata dengan individu yang menjadi pencetus untuk mengetahui tujuan sebenar penyebaran fitnah tersebut.
“Saya menyeru kepada individu yang sengaja memburukkan imej kami, please tampil bertemu muka. Mungkin individu ni ada masalah, kita sama-sama bantu.
“Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan fitnah, tuduhan yang tidak tepat dan berasas ini. Lagipun ini adalah hal kehidupan saya.
“Kenapa gunakan social media dan fake account untuk sebarkan fitnah? Alangkah baik kalau DM saya direct. What's your intention? Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya.
“Tapi kalau tujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya, itu adalah hak suami saya. Hak mutlak seorang suami, tidak boleh dipaksa-paksa. Saya serahkan pada Allah SWT,” ujar Nora di ruangan kapsyen Instagram miliknya.
Tidak cukup dengan itu, individu tersebut juga mendakwa Nora pernah memaksa suaminya itu untuk menceraikan isteri pertama dengan hanya menggunakan pen dan kertas.
Malah suami Nora, Dr Rushdi turut menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap perkahwinan mereka sebagai fitnah yang berniat untuk mencemar nama mereka berdua.
“Saya yang bernama Rushdi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang telah diviralkan pada saat ini yang bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan di antara saya dan Datuk Nora Ariffin adalah suatu fitnah, satu tohmah yang berniat jahat dan buruk.
“Allahuakbar, semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dan terhadap perkahwinan kami,” jelasnya menerusi satu kenyataan yang dihantar.
Tambah Nora lagi, tujuannya untuk berkongsi berita perkahwinan bersama sahabat baik arwah suaminya pada pengetahuan umum adalah sebagai langkah untuk mengelakkan fitnah.
“Perkahwinan tidak boleh dipaksa-paksa. Begitu juga dengan perceraian. Tidak ada seorang manusia pun yang berhak untuk memaksa orang lain bercerai tanpa sebab. Itu dosa besar.
“Berkahwin itu perkara baik, mendapat pahala, wajar dihebahkan, kerana itulah saya mengambil keputusan untuk beritahu pada semua untuk mengelakkan fitnah.
“Niat saya betul-betul kerana Allah. Tapi lain pula jadinya. Bagitau salah, tak bagitau pun salah.
“Sebagai seorang selebriti saya juga berhak untuk tidak berkongsi atau explain everything tentang hal-hal kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan. That’s my privacy.
“Sekiranya perbuatan saya salah di sisi hukum Allah, biarlah saya meminta ampun dariNya. Dan biarkan para agamawan, aulia yang memberi nasihat pada saya. Insya-Allah, saya akan perbetulkan kesalahan saya,” ujarnya lagi.
BACA: “Astaghfirullah hal 'azim” - Ini Respon Datuk Nora Ariffin Apabila Dituduh Sudah 2 Tahun Menikah & Paksa Suami Ceraikan…
Imbas kembali, Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Walau bagaimanapun suaminya meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.