Soalan :

Salam Kak Gee, saya Trah berusia 26 tahun.

Saya ada kawan dan dia bekerja sendiri.

Sumber pendapatan dia bergantung 100 peratus pada perniagaan kecil dia.

Suami dia kerja sales, ada jualan ada duit.

Kalau tak ada maka, tiadalah adalah duit.

Tapi walaupun kehidupan dia tak begitu senang, dia tetap nak beli barang branded.

Baru-baru ni dia pinjam duit saya sebab memang tak ada duit untuk survive.

Esok lusa saya dapat tahu dia beli selipar harga 200.

Saya pun tak pernah pakai barang branded macam dia. Macam mana tu?

Yang Benar,

Trah

Jawapan:

Hi Trah, terima kasih sudi #PMTepiKakGee

Kak Gee faham nak menegur seseorang itu berbelanja memang susah. Hak masing-masing kan?

Jika salah nasihat boleh jadi musuh pula nanti.

Tapi kalau dah selipar pun sampai RM200, Kak Gee pun ‘telan air liur’ mendengarnya.

Kak Gee yakin, hubungan antara kamu berdua bukanlah kawan biasa.

Sebaliknya sahabat yang sudah lama kenal.

Cuma Kak Gee tertanya adakah kehendak untuk beli barangan jenama itu adalah perangainya sejak dulu lagi?

Ataupun baru saja muncul selepas berkahwin?

Ataupun dia baru berkawan dengan rakan yang ‘selera’ begitu?

Apa yang KakGee cuba sampaikan adalah, Trah pasti boleh tahu semua ini apabila Trah memujuknya untuk berbincang.

Tanya khabar, mengapa tiba-tiba minat nak beli barangan berjenama. Mungkin ada kisah diebalik ketagihan barunya itu.

Satu lagi cara adalah bersembang mengenai urusan kewangan.

MungkinTrah boleh menggunakan alasan pandemik COVID19 ini untuk mengajaknya menyimpan duit.

Pujuk dan nasihat secara baik.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi kelak, sekarang pun Tuhan dah bagi ‘hint’ untuk kita sentiasa berjaga-jaga.

Kali ini mungkin kerajaan boleh bantu kita dengan pelbagai kaedah, tapi apa akan jadi apabila kerajaan sudah tidak boleh berbuat demikian?

Apapun, Kak Gee harap rakan Trah boleh mengubah gaya hidup mengikut kemampuan.

Janganlah disebabkan orang lain renovate rumah, kita pun nak renovate rumah.

Itu kisah Trah, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?

Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.

Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!