Soalan:

Salam Kak Gee, boleh panggil saya Maslinda je.

Saya cuma nak luahkan masalah saya mengenai situasi yang berlaku di Malaysia sekarang ni.

Yer, Malaysia sekarang tengah cemas dengan kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Malah, ada yang meminta supaya kerajaan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula.

Kecoh di media sosial yang marah kerajaan kenapalah tak PKP.

Tapi sebaik saja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) saya tengok ramai pula menyumpah seranah.

Ada yang marah kenapa secara tiba-tiba dilaksanakan. Aik sebelum ini apa?

Macam mana ni Kak Gee? Nak nasihat apa? Geram!

Jawapan:

Hi Maslinda terima kasih kerana PMTepiKakGee.

Kak Gee faham sekarang semua takut dengan kes COVID-19.

Malah, Kak Gew setuju sangat sejak kes naik ni ramai yang meminta supaya PKP dilaksanakan supaya kes tidak naik terlampau tinggi.

Namun, bila naik mereka juga yang bising. Tak fahamkan?

Bagi Kak Gee, mungkin yang memberontak itu hanya segelintir.

Mungkin mereka mempunyai perancangan masa depan atau juga PKPB ini sudah menyebabkan tahap kewangan dan pendapatan mereka terjejas, siapa tahu kan.

Jadi marilah kita bersangka baik dan doa supaya COVID-19 ini hapus sepenuhnya.

Apapun kekalkan social distancing dan keraplah membasuh tangan.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!