Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

#PMTepiKakGee : Dugaan Raya Pertama...Ayah Kantoi ‘Bermadu’, Mak Pula Desak Minta Cerai!

Gempak Spot (GSpot)
27/05/2020 00:47 MYT

Soalan: 


Hi Kak Gee selamat hari raya.

Kak Gee, sepatutnya raya ni saya happy sebab dapt beraya bersama mama dan papa di saat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni.

Tapi hari raya pertama kami jadi tunggang langgang sebab mama dapat tahu papa ada isteri kedua.

Dalam diam ye Kak Gee.

Jadi sepanjang raya tu mama asyik menangis je sampai nak mintak cerai.

Papa pula bagi alasan kahwin sebab nak ada anak lagi.

Saya pun kecewa sebab saya ni anak papa.

Macam mana ni Kak Gee? Boleh tolong saya?

Yang Benar,
SadGirl

Jawapan : 


Hi SadGirl terima kasih kerana memilih Kak Gee sebagai tempat untuk mengadu masalah.

Pertama sekali Kak Gee turut bersimpati dengan apa yang SadGirl lalui ketika ini.

Bukan mudah nak berdepan dengan isu rumah tangga mak ayah, apatah lagi ia berlaku ketika hari pertama Aidilfitri.

Kak Gee faham, SadGirl sedang melalui fasa hidup yang amat sukar ketika ini, namun Kak Gee juga percaya SadGirl seorang yang kuat dan tabah.

Ketika ini, ibu pastinya memerlukan sokongan anak perempuannya, jadi Kak Gee mahu SadGirl bantu ibu untuk kuatkan semangat.

Bantu dia untuk berfikir panjang sebelum membuat keputusan, jangan biarkan emosinya bercampur aduk.

Jika masih ada sinar membawa kepada jalan penyelesaian, maka pilihlah yang terbaik.

Ketika ini anak memainkan peranan yang penting.

Untuk si ayah pula, SadGirl ada beritahu yang SadGirl anak papa kan? 

Maka SadGirl gunakan peluang ini untuk pujuk kedua-dua ibu bapa untuk kekalkan rumah tangga yang dibina.

Kak Gee doakan supaya keluarga SadGirl kekal bahagian sampai ke Jannah!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

 

#cerai #Raya #PMTepiKakGee