SOALAN

Kak Gee, saya adalah seorang wanita yang baru berkahwin. Saya perkenalkan diri sebagai Adik Baru Kahwin kepada Kak Gee.

Saya ada perasaan yang ingin diluahkan dan meminta nasihat dari Kak Gee.

Sekarang saya sangat kecewa dengan suami. Saya sedar tak sepatutnya membuka aib rumah tangga dan menceritakan masalah kami kepada pihak lain. Lagi pula kami baru berkahwin.

Namun setelah beberapa lama berkahwin, saya rasa sudah tidak boleh bersabar lagi dengan sikap penyepah dan pemalas suami.

Untuk pengetahun Kak Gee, sebelum kami berkahwin, suami duduk bersama keluarganya dan semua kerja rumah atau persiapan suami disediakan oleh ibunya.

Dan sekarang dia anggap saya akan melakukan hal yang sama sepertinya. Saya sedar, tugas seorang isteri adalah menjaga kebajikan dan makan pakai suami di rumah, namun ada masanya saya kecewa dengan sikapnya tidak berubah.

Saya tahu salah untuk katakan ini, tapi sekarang perasaan hormat dan sayang saya kepada suami semakin berkurang.

Apa perlu saya lakukan Kak Gee? Bantu saya.

Yang benar,
Adik Baru Kahwin

JAWAPAN

Hi Adik Baru Kahwin, terima kasih sebab percayakan Kak Gee dan PM Tepi Kak Gee untuk berkongsi masalah yang sedang Adik Baru Kahwin hadapi.

Apapun Kak Gee nak Adik Baru Kahwin tahu bahawa meluahkan perasaan dan berkongsi masalah itu adalah hal yang baik daripada memendam perasaan seorang diri dan akhirnya mengambil keputusan yang kurang bijak kerana terlalu emosi.

Adik Baru Kahwin, ketahuilah adik bahawa ini bukan pertama kali Kak Gee mendapat permasalahan yang sama daripada pasangan yang baru berkahwin.

Maklumlah masa bercinta, tak semua sikap asli kita ditunjukkan, tapi selepas berumah tangga dan tinggal bersama, lama kelamaan sikap masing masing akhirnya akan terbuka.

Jadi Kak Gee faham benar kalau adik rasa terganggu dengan sikap suami yang penyepah dan tidak membantu banyak dalam kerja rumah.

Hal ini sebenarnya juga harus berbalik kepada prinsip hidup berpasangan, saling menghormati, kompromi dan paling penting adalah sabar.

Perkahwinan atau rumah tangga memerlukan semua prinsip di atas. Dan untuk menjayakan semua prinsip di atas, komunikasi adalah perkara terpenting antara Adik Baru Kahwin dan suami.

Mungkin selama berkahwin, adik tidak pernah menunjukkan kemarahan di hadapannya dengan sikap penyepah itu. Jadi sebagai orang lelaki yang kurang peka dan merasakan semuanya okay bila isteri tidak 'berbunyi', maka dia tidak melihat sebarang kesalahan telah dilakukan.

Nasihat Kak Gee, Adik Baru Kahwin duduk dan berbincang dengan suami dalam suasana yang tenang. Luahkan perasaan bengang yang terbuku dalam hati dan cari solusi bersama sama.

Jangan takut mengajak suami berbincang kerana setiap masalah pasti akan selesai dengan capaian persetujuan bersama sama.

Kak Gee cadangkan, di musim PKP ini oleh kerana adik dan suami sama sama berada di rumah, apa kata setelah berbincang, buat undang undang. Misalnya jika adik memasak, suami harus membantu membasuh pinggan dan sebagainya.

Jadikan kerja rumah sebagai sebuah aktiviti bersama dan buat ia seperti sebuah game seperti jika suami tidak membuat sepah untuk tempoh seminggu, maka akan ada ganjaran untuknya. Dan dia juga harus berbuat demikian kepada adik. Jika satu di antara kalian gagal, maka denda akan dikenakan.

Adik Baru Kahwin, pernikahan memang tak mudah, tapi adalah lebih berani jika adik memperbaiki masalah dengan matang. Perlahan lahan nanti rasa hormat dan sayang pada suami akan tumbuh lebih mekar.

Okay, Kak Gee percaya Adik Baru Kahwin mampu lakukan dan lalui masalah ini. Jangan cepat mengalah ya!

Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa Adik Baru Kahwin!


-----------------------------------------------------------------------------------------

Itu permasalahan seorang isteri yang kecewa dengan sikap penyepah dan pemalas suami, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.

Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.



Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!