Viral

#PMTepiKakGee: "Pemalas... Makan Nak Berhidang, Pinggan Pun Tak Reti Angkat" - Ini Kisah Ibu Lebihkan Adik Bongsu

Gempak Spot
22/04/2020
14:58 MYT
Soalan:
Hai Kak Gee. Saya Nina, berumur 23 tahun, berasal dari Johor. Saya mempunyai masalah dengan adik bongsu saya.
Saya ni anak nombor dua dalam keluarga. Abang saya dah kahwin dan ada life sendiri. Masalah saya adalah adik bongsu lelaki saya yang sangat manja dan apa yang menyakitkan hati, ibu saya lebihkan dia.
Saya sedang sambung belajar, sama juga dengan adik saya dan kami sempat balik rumah sebelum PKP.
Kadang-kadang saya rasa menyesal pulak tak duduk terus kat kolej sebab bila balik rumah je stress dia lain macam.
Lepas subuh saya dah bangun tolong ibu di dapur, buat kerja rumah, lepas tu nak struggle lagi dengan online learning, online class.
Adik saya pulak, lemak betul. Dia bangkit tidur pukul 1 tengah hari, bangun-bangun je ibu saya minta tolong suruh siapkan makanan dia.
Bukan tu je, macam-macam lagi.
Tak tahu apa dia buat sebab lepas bangun, dia pun ada online class dia sendiri and terus main game malam dalam bilik sampai pagi buta.
Kalau dia lapar, sayalah kena tolong siapkan makanan dia, hidangkan atas meja.
Ibu saya nak buat tapi saya sendiri tak tergamak nak suruh ibu saya buat sebab dia pun penat kan, jadi sayalah yang beralah.
Masalahnya tak boleh ke ambil makanan sendiri?
Lepas makan tinggal je pinggan atas meja, basuh tangan, terus masuk bilik. Malas sungguh!
Kadang-kadang saya pelik saya ni bibik atau kakak dia?
Saya nak mengadu dengan ayah tapi saya sendiri tak nak bebankan dia sebab dia masih kena kerja macam biasa sebab dia terlibat dalam essential services.
Kadang-kadang, saya stress tapi saya diamkan je. Apa yang perlu saya buat Kak Gee?
Jawapan:
Salam Nina.
Pertama sekali, Kak Gee nak puji Nina, terima kasih sebab menjadi anak yang baik.
Membaca soalan Nina, mungkin apa yang buatkan Nina tertekan ialah kerana perangai adik Nina sendiri.
Apa yang Kak Gee puji, Nina tak salahkan atau marah langsung pada ibu Nina.
Nina hanya mention yang ibu Nina lebihkan adik Nina dan Nina pun tak sanggup nak tengok ibu Nina bersusah siapkan makanan adik Nina.
Beginilah Nina, jangan pendam perasaan tu sebab Kak Gee rasa, makin dipendam, makin tertekan.
Mungkin Nina boleh ambil pendekatan dengan berbincang dengan ayah atau ibu Nina.
Bincang elok-elok, dari hati ke hati. Jangan Nina tempik-tempik mereka pulak ya! Hehehe...
Kalau bukan ibu, Nina boleh curi masa ayah sekejap untuk bincang mengenai perkara ni.
Minta masa ayah Nina untuk berbual, hanya Nina dan ayah, Insya-Allah boleh selesai.
Luahkan apa yang Nina rasa. Kak Gee faham, mungkin Nina penat, nak tolong ibu, teruskan kehidupan sebagai student dan stress pulak tu tengok perangai adik sendiri.
Kak Gee pun faham, kalau Nina terus confront dengan adik Nina, mungkin boleh jadi punca gaduh? Ye lah, adik beradik mesti panas.
Jadi, mungkin yang terbaik adalah berbincang dengan parents Nina dan mereka yang akan menegur perilaku adik Nina tu.
Apa-apapun, Kak Gee puji Nina kerana berjaya bersabar.
Teruskan sifat murni tu, tapi Nina kena juga bertindak sebab nanti tekanan yang Nina hadapi tu akan makan diri.
Bincang elok-elok ya bersama keluarga ya, mesti ada jalan penyelesaian!
--
Itu permasalahan keluarga Nina, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ibu Bimbang Anak Ketagih TikTok, Usia Baru 11 Tahun

gempak
02/07/2021
14:20 MYT
ini dilema para ibu bapa zaman sekarang
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Jiran Belakang Rumah Meninggal Sebab COVID 19, Mak & Bapa Masih Anti Vaksin

gempak
12/06/2021
05:30 MYT
aduhai jangan terpengaruh dengan khabar tak betul
PMTepiKakGee

PMTepiKakGee: "Saya Dah 7 Bulan Tak Ada Kerja" - Anak Bimbang Tak Dapat Bantu Keluarga

gempak
04/05/2021
14:29 MYT
Peritnya Tuhan sahaja yang tahu.
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : “Demam Sikit Covid, Batuk Sikit Pun Covid” - Pemuda Tertekan Rakan Terlalu Paranoid

gempak
28/04/2021
14:24 MYT
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ayah Selalu Minta Lihat Pakaian Dalam, Bimbang Nak Beritahu Ibu

gempak
20/03/2021
15:25 MYT
Kak Gee rasa ini bahaya