Soalan :


Hi Kak Gee, saya Ira dari Gombak.

Saja nak luahkan satu masalah saya sekarang.

Sebenarnya saya agak tertekan dengan kawan baik saya ni yang beraya sakan walaupun musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kisahnya bila dia mula online shopping benda yang tak patut.

Awal-awal dulu dia asyik beli baju dan kasut raya, now saya tengok setiap hari ada je delivery kuih raya.

Satu dua tak apa Kak Gee, ni saya kira dekat rumah dah enam jenis!

Ya ampun siapa nak makan tu? Lagipun bukan ada tetamu nak datang pun sebab kami pun duduk bujang je.

Tapi itu bukanlah isu besar sangat, yang buat saya geram tu baru-baru ni dia pinjam duit saya sebab tak cukup duit.

Boleh bayang tak Kak Gee? Saya ni baju pun pakai lama punya, kuih raya pun ada la sejenis dua yang favorite saya.

Kalau tegur lebih-lebih nanti bergaduh pula, tolong saya Kak Gee!

Yang Benar.
Ira Cantik

Jawapan:


Hi Ira Cantik! Terima kasih sebab sudi luahkan perasaan dan #PMTepiKakGee.

Bila baca luahan Ira ni teringat zaman remaja Kak Gee dengan kawan baik Kak Gee.

Kalau ada masalah tak tahu macam mana nak tegur.

Ok lah pertama sekali Ira kena positif dulu, mungkin kawan Ira tu cuba buatkan dia happy dengan membeli barang yang dia suka.

Ye lah tak dapat balik raya ni macam-macam cara orang nak pujuk diri untuk gembira.

Mungkin itu yang cuba dilakukan kawan Ira tu.

Tapi bila dah berlebihan masalah juga kan, tambahan pula bila dah terlebih berbelanja.

Apa yang Ira boleh buat adalah tanya secara baik adakah dia mempunyai masalah peribadi? Jangan sentuh pasal hal kewangan dahulu.

Mungkin ada masalah yang kita tak tahu. Mungkin duit itu digunakan untuk tujuan lain atau ada kecemasan.

Lepas itu barulah kita sebagai kawan boleh nasihat secara baik.

Apapun Kak Gee yakin Ira mampu selesaikan dengan cara yang baik.

Raya ni jangan sedih-sedih okay!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!