Hiburan
#PMTepiKakGee : "Sangat Bermasalah, Berbuka Pun Dalam Bilik" - Adik Tiri Buat Hal, Asyik Salahkan Mak Saudara!
SOALAN
Hi Kak Gee,Saya nak luah sedikit perasaan.
Berkenaan adik tiri saya, sekarang ni saya dan dia terkandas dekat rumah ibu saudara kami di Klang sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ceritanya, adik tiri saya ni sangat bermasalah, jenis tak pandai bercakap dengan orang.
Bila ajak berbuka, dia berbuka dalam bilik. Masalah semua family mak saudara saya berbuka di dapur.
Dia asyik salahkan mak saudara saya bawak balik dia ke Klang sebelum bermula PKP.
Tapi masalahnya ayah saya yang suruh dia ambil adik tiri saya. Last-last tak dapat settle urusan balik kampung.
Jadi apa nasihat perlu saya beri dekat dia ya Kak Gee, buntu.
Yang Benar.
Riz
JAWAPAN
Hi Riz, pertama sekali Kak Gee nak ucapkan selamat berpuasa.Terima kasih sudi kongsi masalah anda dengan #PMTepiKakGee.
Apa yang Kak Gee mahu Riz lakukan sekarang adalah membuat tindakan secara matang.
Riz lebih tua daripadanya, pastinya tugas Riz sebagai abang adalah untuk membimbing adik biarpun dia adik tiri.
Jadi pertama sekali patut Riz buat adalah bersemuka dengannya secara berdua tanpa melibatkan pihak lain.
Selami masalah dihadapinya, mungkin kita tidak tahu kisah disebalik mengapa dia jadi begitu.
Tak reti bercakap dengan orang, berbuka pun nak menyendiri, semuanya ada sebab Riz.
Sama ada adik kurang keyakinan diri atau dia sendiri ada masalah peribadi hingga serabut untuk berdepan dengan orang lain.
Semuanya itu boleh kita rungkai dengan cara bercakap baik-baik, hati ke hati dengan dia.
Lagi pun ketika ini ayah kamu berdua pula tiada, siapa lagi adik nak harapkan.
Tanggungjawab Riz sebagai abang untuk bimbing dia, bagi dia semangat dan yakinkan dia. Boleh Riz?
Selain itu pada masa sama, Riz juga boleh cuba untuk terangkan masalah yang berlaku ini kepada mak saudara serta keluarganya.
Ini bagi mengelak daripada mereka terasa kecil hati dengan sikap adik Riz yang tidak mahu bergaul atau bebuka bersama mereka.
Kak Gee yakin mak saudara Riz juga faham waktu begini semua orang agak tertekan, jadi kita yang matang ini kenalah main peranan.
Apapun Kak Gee doakan supaya hubungan Riz dan adik semakin baik.
Itu permasalahan Riz, bagaimana pula dengan keluarga Narendra?
Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video