SOALAN:

Kak Gee, sebenarnya saya tak ada masalah yang susah sangat pun tapi saya tetap nak cerita jugak dekat Kak Gee.

Saya ada rasa benci dengan kakak sendiri sebab dia nampak sempurna.

Dia cantik, berkulit cerah, tinggi lampai, pandai bergaul, peramah, pandai dan baik hati.

Manakala saya? Gelap, berjerawat, pendek, sensitif dan sukar didekati.

Kadang-kadang, saya rasa cemburu dengan kakak sendiri walhal dia tak buat apa pun dekat saya.

Macam mana ni Kak Gee, bantu saya!

Adik Jealous.









JAWAPAN:

Salam Adik. Kak Gee harap adik baik-baik sahaja.

Bagi Kak Gee, perasaan cemburu itu sesuatu yang biasa, tapi adik harus bezakan cemburu itu, sama ada ia baik atau tidak.

Jika cemburu itu dipupuk sebagai satu perkara yang baik, ia dapat membantu adik menyerlah potensi diri agar setara dengan kakak.

Tak ada gunakan jika adik cemburu secara membuta tuli kerana ia hanya akan merosakkan diri adik sendiri.

Dekatkan diri dengan kakak, bertanyalah kepadanya rahsia untuk menjadi seorang insan yang baik seperti dia.

Jika adik ada masalah kulit wajah berjerawat, tanyakan kepada kakak bagaimana dia mengatasinya.

Jika adik rasakan diri adik sukar didekati, bertanyalah kepada kakak apakah rahsia untuk menjadi seorang yang peramah.

Tak salah jika adik ingin memperbaiki diri, mahu menjadi seperti kakak tetapi biarlah ia datang dalam niat yang ikhlas, bukannya kerana cemburu buta atau dengki.

Hubungan adik beradik seperti air dicincang, tak akan putus.

Jadi, tiada gunanya berbalah atau menyimpan rasa cemburu buta kerana ia akan merosakkan diri.



--

Itu kisah Adik Jealous, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?

Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.

Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!