PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin
Khairil Khusyairi
11/08/2024 08:55 MYT
11/08/2024 08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
PMX Kagum Dengar Suara M Nasir
Menerusi muat naik di Instagram, Anwar menyifatkan M Nasir sebagai seorang penghibur yang terulung dalam persada seni muzik tanah air.
“Memenuhi jemputan ke Axiata Arena malam tadi untuk menghadiri Konsert Cipta bagi menikmati suara emas dan mahakarya seniman ulung Dato’ M. Nasir.
“Memenuhi jemputan ke Axiata Arena malam tadi untuk menghadiri Konsert Cipta bagi menikmati suara emas dan mahakarya seniman ulung Dato’ M. Nasir.
“Kagum dengan kehebatan suara Dato’ M. Nasir yang begitu hebat melantunkan lagu-lagu ciptaannya,” tulisnya.
Tambah Anwar, beliau turut terkesan apabila pelantun lagu Suatu Masa itu turut membuat persembahan tribute kepada saudara-saudara di bumi Palestin.
“Saya terkesan tatkala beliau menyampaikan lagu tribute buat perjuangan rakyat Palestin,” coretnya lagi.
“Saya terkesan tatkala beliau menyampaikan lagu tribute buat perjuangan rakyat Palestin,” coretnya lagi.
Rai Ulang Tahun Kelahiran Di Axiata Arena
Dalam pada itu, Anwar turut memberi penghargaan kepada semua yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-77 pada Sabtu.
Difahamkan, M Nasir turut menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ khas buat Anwar pada malam yang penuh gemilang itu.
Difahamkan, M Nasir turut menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ khas buat Anwar pada malam yang penuh gemilang itu.
“Terima kasih juga atas kesudian meraikan ulang tahun kelahiran saya,” tutupnya.
Konsert Dato’ M.N45IR menyaksikan komposer legenda ini menterjemahkan perjalananan seninya selama lebih empat dekad menerusi nyanyian, lakonan dan seni lukis.