Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Poligami: Hampir 30 Pasangan Malaysia Ke Selatan Thailand Setiap Bulan

Gempak
17/06/2024 23:55 MYT
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.

Setiap Bulan Ada

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat berkata, kebanyakan pasangan yang ingin berpoligami datang ke wilayah ini untuk menjadi pasangan secara sah dan sanggup datang dari jauh semata-mata bagi menghalalkan hubungan.

Beliau berkata, berpoligami adalah antara punca ramai pasangan Malaysia beralih melangsungkan perkahwinan ke selatan Thailand dan tindakan berkenaan seharusnya tidak dipandang sinis dan masyarakat harus berfikiran terbuka.

"Bagaimanapun perkahwinan yang dilangsungkan di selatan Thailand tidak semudah disangka kerana ada syarat tersendiri termasuk memeriksa latar belakang pasangan.

"Antara syarat wajib, jika pasangan wanita itu janda atau balu kita perlu melihat surat cerai atau sijil mati pasangannya terlebih dahulu. Sekiranya syarat itu tidak dipatuhi atau meragukan pasangan berkenaan tidak akan dinikahkan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak secara semberono menikahkan mereka kerana setiap orang perlu memikirkan nasab keturunan mereka selepas ini sekiranya berbohong.

Setiap pasangan yang ingin berpoligami di Thailand perlu membuat pengesahan di Pejabat Konsulat Besar Malaysia di Songkhla dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia semula bagi menggelak sebarang fitnah dan hak pasangan wanita sekiranya mempunyai anak kelak.

Sumber - Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Azri Iskandar Terima Hakikat Tak Ada Jodoh Dengan Kekasih Baru

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis Tonton Perjalanan Pembuktian Cinta, Kisah Sebenar Hafizah Al-Quran Kahwin Paksa & Berpoligami!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Mengaku Ada ‘Koleksi’ 50 Suami, Teringin Kahwin 100 Kali

ARTIKEL BERKAITAN: "Baju Kahwin Dah Siap Tiga Tahun Lepas" - Shiha, Arul Usaha Kahwin Tahun Ini, Enggan Tabur Janji Manis Kepada Peminat

#Poligami #Kahwin Thailand #Pasangan kahwin Thailand #Pasangan Malaysia #Selatan Thailand
;