Hiburan

Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?

gempak
Amri Hassan
16/06/2024
11:45 MYT
Sponsor Banner
Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?
Kisah perkahwinan pempengaruh media sosial dan usahawan Siti Jamumall dan pasangan Aiman Tak Kisah di Satun, Thailand terus menjadi bualan ramai.
Terbaharu, menerusi siaran langsung di TikTok, Siti Jamumall tampil menjawab beberapa pertanyaan daripada warganet terutama pilihannya untuk berkahwin di negara jiran.
Jelas Siti Jamumall, dia telah menghabiskan sejumlah wang menerusi perkahwinan yang 'tak jadi' sebelum ini.
"Kalau saya cerita tentang duit, kenapa tak kahwin kat Malaysia? You tak tahu berapa banyak I rugi untuk perkahwinan saya yang tak jadi tu. Faham tak?
"Saya seorang individu (yang ada something), yang ada besar kuman tu, kalau you kata kenapa tak buat wedding grand? Kalau saya dah suka seseorang, dia kahwini saya dengan senaskhah al-Quran pun saya terima. Saya tak kisah," katanya sambil ditenangkan suaminya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan maksud 'perkahwinan tak jadi' yang diperkatakan Siti Jamumall, sama ada perkahwinan pertama atau perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 31 Mei lalu.

BERITA TRENDING: "Ya Itu Betul, Bukan Drama" - Ibu Sahkan Siti Jamumall Kahwini Aiman Tak Kisah

BERITA TRENDING: Batal Kahwin 31 Mei, Siti Jamumall Pilih Nikahi Lelaki Lain Di Thailand!

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Kemalangan, Alami Patah Jari - “Tercampak Ke Jalan Raya, Nasib Tak Digilis Kereta Lain”

Menerusi beberapa ciapan di platform X, ada segelintir warganet yang mempertikaikan hubungkait pernikahan di Thailand dengan kerugian daripada perkahwinan tak jadi itu.
Siti Jamumall sebelum ini dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.
Segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.
Sekadar info, Siti Jamumall pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.

BERITA TRENDING: Terima Nafkah RM50 Setahun, Siti Jamumall Nekad Bercerai! - "Tak Nak Terseksa Tanggung Biawak Hidup"

BERITA TRENDING: "Saya Dah Lama Bercerai, Hentikan Buat Fitnah!" - Siti Jamumall

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live