Filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo telah memenangi anugerah Gold Award di Appies Malaysia Marketing Congress 2016 (Appies Malaysia) semalam (Jumaat).

Acara yang julung kali diadakan di Malaysia itu bertempat di Hotel Eastin Petaling Jaya dan telah berlangsung selama dua hari.

Sebanyak 18 anugerah telah diberikan dan terdiri daripada 10 anugerah emas, 6 anugerah perak dan dua lagi adalah anugerah pembentangan terbaik.

Pada hari tersebut, wakil pemasaran filem Astro Shaw, Mohd Faizal Fauzi telah membuat pembentangan mengenai kehebatan filem Polis Evo dan sesi soal jawab juga berjalan dengan lancar.

Antara yang bertanggung jawab dalam penglibatan Polis Evo ke Appies ialah Ketua Pemasaran Bahagian Melayu Astro, Jastina Arshad, Norsalvina Alwee, Mohd Faizal Fauzi, Mohd Azwan Abdullah, Zahirah Abdul Rahim, Ira Fazir Che Ishak dan Sharad Sean Kumar.

Trofi kemenangan itu disampaikan oleh Presiden Appies Malaysia, Harmandar Singh, diiringi Ketua Pegawai Pemasaran CIMB Group Holdings, Mohamed Adam Wee Abdullah.

Tahniah diucapkan kepada Team Polis Evo!

Terdahulu, Polis Evo telah mencatatkan jumlah kutipan tertinggi Box Office iaitu sebanyak RM18juta.