Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
Umirah Halim
24/11/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup  - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.

Tunggu bidadari

Terbaharu, Idzam tampil memuatnaik hantaran yang menyatakan dirinya sedang menunggu kehadiran teman hidup baharu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di TikTok, Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail, 36, menyatakan bahawa ada pihak yang menyuruhnya mencari pasangan baharu kerana simpati terhadap anak-anaknya.

“Kesian anak-anak,” tulisnya.

@idzham_ismail
?️?️ mulut orang
♬ suara asli - maylaamelyna

Video tersebut kemudiannya membuat peralihan daripada gambar Idzham bersama dua orang cahaya matanya kepada foto solo aktor tersebut dengan kapsyen ‘Kita tunggu bidadari baru je’.

BERITA TRENDING: Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai

BERITA TRENDING: Nina Ismail Sabri & Bakal Suami Kongsi Kisah Cinta Mula

BERITA TRENDING: Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal

BERITA TRENDING: GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi

Posting berkenaan mendapat perhatian warganet di mana rata-ratanya berseloroh menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada aktor filem Air Force berkenaan.

“Nasib aku bini orang”

“Assalamualaikum saya dah lupakan Fattah Amin.

“Beratur elok-elok korang, aku pendek jadi aku depan eh korang.

“Preggy mom ada fast line kan? so saya dulu eh semua.

“Takdapat Fattah Amin, nak aminkan yang ni boleh?,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Idzham mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya menerusi hantaran di Instagram Stories dan menegaskan tidak akan kembali bersama semula.

Idzham mengakui berdepan kemelut rumah tangga sejak empat bulan lalu yang membawanya dan isteri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 10 Oktober lalu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024